Alif Satar

Penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Alif Satar
Remove ads

Muhammad Alif Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.[2] Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.

Sebagai pengacara, Alif banyak mengacarakan rancangan-rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro. Beliau pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012. Kini beliau merupakan duta rasmi produk jenama Salonpas.

Alif dijangka menjadi pengacara ketiga bagi Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember 2020. Namun akibat Alif merupakan bekas pesakit positif Covid 19 yang dialaminya pada 19 November lalu dan sudah pulih, pihak produksi dan beliau sendiri telah memberi keputusan untuk menarik diri. Ini kerana mereka mengambil berat tentang keadaan kesihatan Alif.

Remove ads

Kehidupan awal

Alif dilahirkan pada 19 September 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau ialah anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed.

Kehidupan peribadi

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 15 September 2014 dengan pengurusnya (kini bekas), Sha Dila Halid yang usianya 6 tahun lebih tua daripada Alif.[3][4][5] Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah (lahir 2015) dan Ariana Mecca (lahir 2017).[6] Beliau dan isteri dikurniakan cahaya mata ketiga iaitu lelaki yang diberi nama Muhammad Ali (lahir 2019) yang dilahirkan pada hari lahir Alif, 19 September.[7]

Pada 22 November 2020, Alif telah menghantar ciapan di Instagram bahawa beliau disahkan positif COVID-19.[8] Ibu bapa, adik dan pembantu peribadi beliau turut disahkan positif COVID-19.[9] Beliau juga dijangka akan keluar dari hospital.

Remove ads

One in a Million

  • Top 3 (Grand Finale): -

Diskografi

Album studio

EP

  • Alif (2006)
  • The Sunnah The Better (2022, sebagai Alif Satar & The Locos, bersama Raihan)

Single

Sebagai artis utama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Lagu-lagu lain

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Web Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Muzik video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads