Ramli M. S.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Ramli bin Mohd Salleh atau Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Beliau dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, dan bertukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan disiplinnya semasa bekerja. Meskipun begitu, di luar waktu bekerja, keperibadian beliau lebih kepada seorang yang suka bergurau.

Pada tahun 1988, beliau melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang. Sepanjang tempoh menduda , Ramli pernah dikaitkan dengan penyanyi wanita seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Pada 18 Mac 2013, beliau telah menikahi penyanyi Datin Alyah di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan mereka selama setahun lima bulan sebelum diketahui oleh media.[1]

Remove ads

Kerjaya

Ramli mula bergerak aktif sebagai pemuzik sejak 1980an dengan bantuan dan dorongan bapa saudaranya, penerbit terkenal S. Atan. Penglibatannya sebagai pemuzik dan penggubah lagu untuk beberapa nama besar akhirnya menyerlahkan potensinya sebagai pengarah muzik. Ramli kerap bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Jamal Abdillah, Hetty Koes Endang, M. Nasir dan Sharifah Aini. Setelah beberapa kali mengiringi orkestra pimpinan Ooi Eow Jin, Ahmad Nawab dan Johari Salleh, kerjayanya sebagai pengarah muzik mula menyinar apabila diberi tanggungjawab mengemudi orkestra Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebelum itu beliau telah beberapa kali mengetuai pancaragam di Anugerah Industri Muzik. Melalui penglibatannya di AJL, Ramli dilihat mampu menonjolkan kekuatan lagu-lagu yang bertanding sehinggakan khidmatnya diteruskan sehingga musim ke-29. Setelah itu Ramli juga berkhidmat untuk acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan pelbagai konsert artis Malaysia dan juga serantau. Antara konsert terkenal yang dijayakannya adalah Konsert Ikhlas 1992, Konsert Akar Manifestasi Akustika 1995, Malam Amal Karyawan 1994 yang menggabungkan 180 orang artis, Konsert Mega Siti Nurhaliza dan Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Misha Omar yang juga merupakan konsert orkestra pertama setelah pandemik COVID-19.

Sebagai penerbit album, Ramli yang pada mulanya terlibat sebagai Pengarah Urusan LIFE Records banyak menerbitkan album-album berjilid dan pop Melayu untuk artis-artis naungan LIFE. Setelah itu beliau bertanggungjawab menaikkan jualan album-album bergenre dangdut dan komedi melalui penglibatan dalam album studio Salih Yaacob, Zaleha Hamid dan penyanyi Indonesia - Amigos. Namun menjelang era 90an, khidmat Ramli banyak digunakan oleh label-label antarabangsa seperti Sony Music, BMG, EMI dan Warner sekaligus menjadi tulang belakang pembikinan album-album artis terkenal. Antara artis yang pernah mendapatkan khidmat Ramli sebagai penerbit adalah Sharifah Aini, Hetty Koes Endang, Search, Awie, Ziana Zain, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Ramli mula kurang terlibat dalam rakaman album setelah menyelesaikan rakaman album untuk Misha kerana menganggap pembikinan album memakan masa yang cukup lama. Fokus beliau lebih terarah kepada pengarahan muzik secara langsung. Ramli tidak begitu dikenali sebagai pencipta lagu walaupun pernah menghasilkan beberapa buah lagu untuk penyanyi tempatan.

Pemilihan beliau memegang peranan sebagai Pengetua di Akademi Fantasia (musim 2) telah menyebabkan namanya menjadi sebutan ramai. Ramli asalnya terlibat sebagai pengkritik undangan pada musim pertama dan khidmatnya diperlukan sebagai tenaga pengajar di musim berikutnya dimana Ramli juga terlibat dalam menggubah lagu-lagu tugasan pelajar AF2. Program realiti itu hingga kini masih memegang rekod jumlah undian terbanyak pernah dikutip daripada mana-mana program televisyen realiti. Pun begitu, karekter Ramli yang garang juga menjadi buah mulut dan kritikan penonton. Ramli meneruskan sekali lagi tugas sebagai pengetua pada musim ke-6 dan bermula musim ke-11 hingga 13, Ramli dilantik sebagai pengkritik tetap. Beberapa nama peserta AF menjadi sinonim dengan kegarangan Ramli antaranya Mas Ghani (AF2), Nubhan Ahamad (AF6) dan Aman Aziz (AF11). Setelah dikritik hebat kerana kelantangannya terhadap Aman, Ramli mula memperlahankan rentaknya di musim-musim berikutnya, dan disebabkan itu juga Ramli mula menonjolkan sisi-sisi santainya di dalam program nnyanyi lain selepas itu. Antaranya beliau terlibat sebagai juri tetap untuk program realiti nyanyian veteran Kilauan Emas selama empat musim sebelum mempopularkan program nyanyian penyanyi rakaman / professional Gegar Vaganza yang masih bertahan kini sehingga 11 musim. Biarpun dilihat lebih ringkas dalam kritikannya, Ramli juga tidak terlepas daripada beberapa kontroversi melibatkan peserta Gegar Vaganza yang dilihat sebagai penyanyi profesional, dan bukan amatur seperti di AF. Antara artis yang mencetuskan polemik bersama Ramli adalah Ifa Raziah, Nora Ariffin, Elly Mazlein dan Noraniza Idris. Peranan beliau sebagai ketua juri membuktikan pengaruh beliau sangat besar terhadap industri rakaman dan penyiaran tempatan hingga dianugerahkan beberapa penghargaan khas bagi menghargai penglibatannya sebagai pemuzik dan penerbit. Ramli juga pernah memenangi 6 buah piala Anugerah Industri Muzik termasuk tiga kali memenangi kategori Susunan Muzik Di Dalam Lagu Terbaik.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Diskografi

Penglibatan Sebagai Penerbit dan Penggubah Lagu

Album Rakaman

Nota: Senarai ini menamakan beberapa produksi terpilih sahaja dan tidak termasuk produksi yang melibatkan Ramli M.S. sebagai pencipta lagu

Maklumat lanjut Tahun, Album Rakaman ...

Penglibatan Sebagai Penulis Lagu

Maklumat lanjut Lagu, Regu Penulisan (Lirik/Melodi) ...

Penglibatan Sebagai Pemuzik

Konsert/Persembahan

Maklumat lanjut Konsert, Peranan ...

Album Rakaman

Kredit bersama S. Atan

Di awal pembabitan, Ramli menjadi pemuzik sambilan di bawah kelolaan bapa saudaranya, S. Atan sejak usia 17 tahun ketika di Singapura. Sebelum pelaksanaan undang-undang royalti MACP di Malaysia, nama Ramli kerap termasuk di dalam kredit bersama bapa saudaranya itu [95].

Maklumat lanjut Album (Lagu), Instrumen ...


Kredit Persendirian
Maklumat lanjut Album (Lagu), Instrumen ...
Remove ads

Anugerah dan pencapaian

Darjah Kebesaran

Penganugerahan Nasional dan Lain-lain

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads