Anuar Zain

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Anuar Zain
Remove ads

Shahrul Anuar Zain (lahir 15 Februari 1970) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik serta bapa saudara kepada penyanyi, Ernie Zakri. Antara lagu-lagu beliau yang hits ialah seperti "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu", "Lelaki Ini", dan terbaru "Sedetik Lebih". Anuar dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi dengan nilai kira-kira RM50,000. Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar Zain mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya muzik

Beliau lahir di Merlimau tetapi membesar di Shah Alam, Selangor. Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat di dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Ellina. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".

Namun begitu, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja sebagai pramugara bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.

Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatangani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".

Beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1998. Walau bagaimanapun, perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchrosound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".

Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.

Konsert Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari

Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari. Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke-43 tahun. Konsert ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.[2]

Selama 30 tahun, sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu. Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.[3]

30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dan dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.

Anuar Zain tampil dengan gaya klasik, turut mendendangkan 20 lagu termasuk yang memperkenalkannya di arena seni. Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar juga mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.[4]

Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Tahun ...

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu (AJL), Tahun ...
Maklumat lanjut Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Tahun ...

Lain-lain Pencapaian

Anugerah Planet Muzik 2017

  • Penyanyi Lelaki Terbaik

Festival Filem Malaysia 2011 (FFM24)

  • Lagu Tema Terbaik - Sedetik Lebih (ost Hikayat Merong Mahawangsa)

Anugerah Planet Muzik 2008

  • Penyanyi Lelaki Terbaik

Anugerah ERA 2005

  • Vokal Lelaki Pilihan

Anugerah Planet Muzik 2005

  • Penyanyi Lelaki Paling Popular

Anugerah HYPE 2004

  • Penyanyi Lelaki Ter-HYPE!

Anugerah Media Hiburan 03/04

  • Penyanyi Lelaki Popular
  • Artis Lelaki Kacak

Anugerah Planet Muzik 2004

  • Penyanyi Lelaki Paling Popular

Anugerah ERA 2003

  • Vokal Lelaki Pilihan

Anugerah Planet Muzik 2003

  • Artis Lelaki Paling Popular

Anugerah Media Hiburan 2002

  • Penyanyi Lelaki Solo/Berkumpulan
Remove ads

Profil Vokal

  • Jenis Suara: Lyric Tenor
  • Nota Rendah : F2
  • Nota Tinggi : G5
  • Julat Suara : 3 octaves, 2 semitone

Diskografi

Album studio

Senarai lagu:

1.      Kembali

2.      Andainya Takdir

3.      Cinta Takkan Berakhir

4.      Karena Aku Cinta

5.      Belahan Hati

6.      Hujan

7.      Kembali Padamu Ilahi

8.      Selamat Malam

Album Live

Album kompilasi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads