Syamel

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Syamel
Remove ads

Syameel Aqmal Mohd Fodzly (lahir 26 November 1993) atau lebih dikenali sebagai Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, penggubah lagu dan pelakon Malaysia. Beliau popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2015. Beliau muncul sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Syamel dilahirkan pada 26 November 1993, dibesarkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak. Beliau juga merupakan pemegang diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari KLMU. Hobi beliau ialah bersukan dan beliau suka bermain futsal, ping pong dan badminton. Penyanyi kegemarannya ialah Bruno Mars dan Marc Anthony. Sebelum bergelar penyanyi profesional, beliau pernah 'busking' di hadapan Pasaraya Sogo, KL.[1] Bakat seninya pula diwarisi daripada datuk saudaranya, yang juga merupakan salah seorang gitaris kumpulan Headwind yang terkenal pada era 90-an.

Pada 16 Ogos 2020, Syamel bertunang dengan rakan penyanyi, Ernie Zakri.[2] Syamel dan Ernie berkahwin pada 26 Mac 2021.[3][4]

Ibunya, Wan Faaizah Karim meninggal dunia pada 22 Ogos 2021 akibat kekurangan oksigen dalam badan.[5]

Remove ads

Kerjaya

Akademi Fantasia 2015

Kerjaya nyanyian Syamel bermula apabila beliau terpilih dan diterima masuk ke dalam Akademi Fantasia 2015. Beliau hampir tersingkir di konsert minggu kelapan namun diselamatkan oleh ketua juri AF2015, Dato' Ramli M. S. pada ketika itu dan berjaya melangkah ke konsert akhir, sekaligus dinobatkan sebagai naib juara dalam program tersebut. Berikut adalah persembahan beliau sewaktu berada di Akademi Fantasia 2015 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Tugasan ...

Duo Star 2016

[6] Setahun selepas berakhirnya Akademi Fantasia 2015, Syamel menyertai Duo Star 2016, iaitu sebuah pertandingan nyanyian terbaru terbitan Astro, yang melibatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Beliau berduet dengan Ernie Zakri sepanjang program tersebut berlangsung dan mereka dinobatkan sebagai juara Duo Star musim pertama. Berikut adalah persembahan mereka ketika bertanding di dalam Duo Star 2016 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Persembahan ...

AF Megastar 2017

[7] Pada September 2017, Syamel menyertai satu lagi program realiti tv terbaru Astro, Akademi Fantasia Megastar 2017 iaitu sebuah program yang menghimpunkan 8 bekas juara dan 16 alumni AF dalam satu pentas. Syamel berjaya menempatkan dirinya di antara 12 orang peserta AF Megastar 2017. Beliau berjaya melangkah ke pentas akhir. Meskipun tidak menjuarai program tersebut, namun Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah The Ultimate Performer pada malam konsert akhir tersebut. Berikut adalah persembahan Syamel sewaktu bertanding di dalam AF Megastar 2017 :

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Persembahan ...
Remove ads

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Single ...

Lagu duet

Maklumat lanjut Tahun, Single ...

Lagu tema

Maklumat lanjut Tahun, Single ...

Lain-lain

Maklumat lanjut Tahun, Lagu ...

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Kontroversi

Isu lagu ciplak

Setahun selepas bergelar anak seni, nama Syamel mula terpalit kontroversi apabila single pertamanya, "Hidup Dalam Mati" didakwa sebagai 'lagu ciplak'. Pada November 2016, Ayai Illusi tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa Syamel telah menciplak hasil karyanya kerana lagu "Hidup Dalam Mati" mempunyai melodi yang sama dengan lagu "Ku Kejar Bayangmu", iaitu lagu yang diciptakan khas untuk Idris, iaitu salah seorang finalis akhir program "Kilauan Emas musim ketiga". Disebabkan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan tidak ingin isu lagu tersebut berlarutan, pihak pengurusan Syamel membuat keputusan menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 dan lagu tersebut juga digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik 22. Akhirnya kes itu diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.[40]

Gosip bercinta

Selepas berakhirnya Duo Star dan menjuarai program tersebut bersama Ernie Zakri, mereka sering digandingkan dan kerap muncul di majalah serta di kaca tv bersama-sama sehingga peminat mereka membuat spekulasi kononnya mereka sedang bercinta namun Syamel menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah atas dasar urusan kerja.[41]

Namun pada Ogos 2020, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan, sekaligus telah menjawab segala persoalan dan spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini.

Remove ads

ABU TV Song Festival 2017

Biarpun tidak bergelar juara dalam program Akademi Fantasia Megastar 2017, tetapi Syamel telah mendapat peluang mewakili Malaysia dalam acara ABU TV Song Festival 2017. Ini merupakan acara antarabangsa pertama syamel sejak bergelar penyanyi profesional.[42]

Acara itu telah berlangsung di Chengdu, China pada 1 November 2017 yang turut menyaksikan penampilan penyanyi hebat daripada kira-kira 13 negara lain, yang menjadi anggota Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU). Beliau telah menyampaikan lagu popular "Lebih Sempurna" pada acara tersebut.

Remove ads

Anugerah Juara Lagu

Syamel telah menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 disebabkan isu lagu ciplak pada November 2016. Meskipun kecewa dengan penarikan dirinya di Muzik Muzik pada ketika itu, namun kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pada tahun 2017, dua buah lagu nyanyian dan ciptaan beliau, iaitu "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri) berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 yang telah berlangsung pada 11 Februari 2018. Mereka telah berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik untuk lagu Aku Cinta sekaligus menewaskan penyandang bertahan Dayang Nurfaizah.[43]

Pada tahun 2018, lagu nyanyian dan ciptaan beliau bersama Kidd Santhe, iaitu "Kau Pun Sama" berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 yang telah berlangsung pada 03 Februari 2019.

Remove ads

Video persembahan lagu "Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri pada Anugerah Juara Lagu ke-32 telah mencatat sejarah tersendiri apabila ditonton lebih 1.5 juta di laman YouTube sejak dimuat naik hanya dalam tempoh 2 hari. Rata-rata peminat memuji persembahan yang dikatakan antara persembahan terbaik dalam sejarah AJL. [44]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads