Voice Note

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Voice Note (Melayu: Nota Suara) merupakan sebuah siri mini drama misteri thriler Malaysia 2019 arahan oleh Azmi Hatta dengan skrip oleh Marr Mohamed. Dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan Scha Elinnea. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 25 April hingga 2 Mei 2019 menggantikan Nur 2.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...
Remove ads

Sinopsis

Sara merasa teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.

Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima nota suara daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.

Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Rita Rudaini sebagai Mariam
  • Zamarul Hisham sebagai Kamal
  • Fendy Bakry sebagai Faris
  • Ikmal Amry sebagai Faizul
  • Ariff Bahran sebagai Hilman
  • Ali Reza Kavoossi sebagai Jason
  • Jaafar Onn sebagai Wan
  • Nafiez Zaidi sebagai Haiqal
  • Nada Syuhada sebagai Dr. Lily
  • Siti Hariesa sebagai Juwita
  • Faye Kusairi sebagai Jannah
  • Amy Jelyna sebagai Intan
  • Hanna Halim sebagai Suraya
  • Abdul Halim bin Abdul Rahim sebagai Dato' Taha
  • Mariana bt Mt Saleh sebagai Datin Faridah
  • Zaed Abd Hamid sebagai Ayah Dr Lily
  • Hashim Cermai sebagai Ayah Sara
  • Chedd Yusoff sebagai Tengku Ariffin
  • Athirah Azam sebagai Tengku Mira Diana
  • Hazwan Adnan sebagai Pensyarah
  • Solehin Md Masir sebagai Coach Bola 1
  • Bazly Hanif sebagai Coach Bola 2
  • Charine sebagai Kerani 1
  • Deera Aminuddin sebagai Kerani 2
  • Ejart Adam sebagai Pembunuh
  • Amirul Adha sebagai Pemandu Grab
  • Azrul Chomel sebagai Pengunjung RnR
Remove ads

Penerbitan

Semasa penggambaran drama ini dijalankan, beberapa pelakon diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim. Bagaimanapun, adegan terlalu intim membabitkan Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.[4] Penerbit drama ini, Fadzil meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengarahnya, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama ini sambil mengatakan Zeel Production tidak pernah mewujudkan adegan lucah untuk melariskan drama: "Sebagai penerbit, saya malu dan tak pernah 'menjual' adegan lucah mahupun seks untuk melariskan drama terbitan syarikat kami,".[5]

Potensi siri kedua

Dari 2019, Sakinah bercakap tentang permintaan untuk musim 2, berkata, "anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? kerja saya pulak nak explain ending #voicenote nak request voicenote2 kan? hmmm will see".[6]

Pelakon ni pada awalnya okay je nak explain, tapi bila dah makin melalut pulak pemahaman netizen terhadap ending drama ni… haa mulalah Kinah ni pening. Jangan marah eh sis, bila ramai fans tanya tu maknanya adalah season 2 Voice Note. Apa-apapun admin salutelah kepada pengarah dan scriptwriter drama ni yang berani keluar daripada kotak untuk menghasilkan karya seperti ni. Lain kali nampaknya pihak produksi kenalah lebih kreatif dalam produce drama yang dapat menarik perhatian penonton. Dah ada permintaan ni, so maybe bolehlah buat Voice Note 2 pulak![7]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads