Ayda Jebat
Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Suhada "Ayda" Jebat (lahir 17 Mac 1992) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200% (2014). Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 (2013), Pinjamkan Hatiku (2017) dan 6 Jilake (2025).[2][3]
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Ayer Keroh, Melaka[4][5][6] dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya, beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang adik perempuannya ialah Nur Shafinaz atau lebih mesra disapa Fina. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.[7][8][9]
Akademi Fantasia 9
Pada Ayda berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar Akademi Fantasia musim kesembilan yang mengikuti proses pelajaran dan pembelajaran dirumah kaca AF9. Namun pada konsert minggu 3, beliau dan Amir Jahari telahpun digugurkan dari akademi melalui Ops Gugur berikutan tiada peningkatan dalam persembahan selama 3 minggu di akademi. Berikut adalah persembahan beliau;
Remove ads
Kerjaya
2011–2013: Akademi Fantasia dan permulaan kerjaya
Kerjaya Ayda sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke-9 di mana pada konsert tirai yang diadakan pada 2 April 2011, beliau menyanyikan lagu "Separuh Nafas" nyanyian kumpulan Dewa 19 dan "Love The Way You Lie" nyanyian Rihanna. Bagaimanapun pada konsert minggu ketiga, Ayda tersingkir menerusi Operasi Gugur. Selepas Akademi Fantasia 9 berakhir, Ayda merakamkan single solonya bertajuk "Beri Aku Waktu" dan seterusnya memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu sebagai Mira dalam telefilem CerCiter Cinta yang dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Shahir dari Akademi Fantasia musim kelapan. Pada tahun 2013, Ayda membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak pembantu sebagai Zetty dalam pembikinan semula filem Gila-Gila Remaja, Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris dan Bella Dally, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.
2014: Kejayaan bersama Rindu Awak 200%
Ayda menempa kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila beliau membawakan watak Armel Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin.[10] Siri itu kemudiannya menjadi rancangan televisyen Malaysia yang diiktiraf secara kritis sekaligus melonjakkan nama beliau ke puncak populariti dan melayakkan beliau memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.
2015–kini: Pengembangan kerjaya

Pada tahun 2015, berikutan kejayaan drama Rindu Awak 200%, Ayda mendapat peranan utama keduanya di dalam siri TV, Suami Sebelah Rumah bersama pelakon dan penyanyi, Izzue Islam. Sementara drama itu masih bersiaran, beliau melakonkan watak pembantu dalam siri Isteri Separuh Masa bersama Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Beliau sekali lagi digandingkan bersama Zul menerusi siri drama adaptasi novel, M.A.I.D..
Beliau telah dipilih menjadi antara pelakon yang meminjamkan suara mereka dalam versi bahasa Melayu bagi filem aksi cereka sains Amerika Syarikat 2014, Transformers: Age of Extinction. Beliau memegang watak sebagai Tessa Yeager yang dilakonkan oleh Nicola Peltz.[11][12] Pada Julai 2015, beliau melancarkan single "Siapa Diriku" hasil ciptaan Omar K. Lagu ini secara jelas menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Muzik videonya yang dimuatnaik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu.[13]
Muzik video "Siapa Diriku" turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar OPPO yang mana Ayda merupakan jurucakapnya. Selain itu, beliau juga muncul dalam Buletin Utama di TV3 pada 17 September 2015, untuk berkongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite.[14]
Ayda juga terkenal di negara tetangga seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di Indonesia, Ayda berlakon dalam telefilem siaran RTV berjudul From Hater to Lover bersama Dimas Aditya serta muncul dalam video muzik kumpulan De'Meisis, Biar Saja.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau bertunang dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 28 April 2020, iaitu bersempena dengan ulang tahun Nabil ke-32.[15] Pasangan ini bertunang secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.[16] Ayda dan Nabil diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.[17][18] Pada 21 September 2021, Ayda melahirkan anak perempuannya yang sulung.
Diskografi
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Drama Web
Televisyen
Remove ads
Videografi
Endorsmen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads