Ayob Khan Mydin Pitchay

Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia ke-29 From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ayob Khan bin Mydin Pitchay (Jawi: أيوب خان مايدين ڤيتچاي; lahir 27 Julai 1966) ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara sejak 23 Jun 2023. [1]

Fakta Segera Timbalan Ketua Polis Negara Ke - 29, Raja ...
Remove ads

Kerjaya

Berasal dari Kota Setar, Kedah, Ayob Khan menyertai pasukan polis pada 1993 pada usia 27 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (NCID), Ketua Polis Johor dan sebagai Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sebelum kenaikan pangkat ke Timbalan Ketua Polis Negara.

Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman (2013–2019)

Operasi menentang kumpulan pengganas dan militan

Sebagai Ketua Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dari tahun 2013 hingga tahun 2019, Ayob Khan mengetuai operasi menentang-an menghalang serangan mereka di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara (sejak tahun 2023)

Pada 20 Jun 2023, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah untuk mengemukakan nama calon bagi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan jawatan TKPN. Dilaporkan Ayob Khan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali, Pengarah NCID Bukit Aman Mohd Kamaruddin Md Din dan seorang yang tidak dikenali adalah calon untuk jawatan TKPN. Keesokan harinya pada 21 Jun 2023, Saifuddin mengumumkan bahawa Ayob Khan dinaikkan pangkat ke jawatan TKPN bagi menggantikan Razarudin Husain yang dinaikkan pangkat ke jawatan KPN berkuat kuasa pada 23 Jun 2023 selepas Al-Sultan Abdullah bersetuju dengan pelantikan mereka.[2][3]

Remove ads

Anugerah

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads