Azad Jasmin
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Azad Jazmin John Louis Jefri (lahir 11 Februari 1976) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jasmin ataupun Pak Azad.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau lahir di Seremban, Negeri Sembilan pada 11 Februari 1976 dengan nama penuhnya Jazmin John Louis @ John Louis Debreto Joseph iaitu kepada ayah bernama John Louis Debreto Joseph Jeffri Abdullah seorang bekas pemain bola sepak keturunan India-Serani dan ibunya bernama Rosidah Kadir yang berasal dari Parit Buntar.
Kehidupan peribadi
Azad berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan nama Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose,[1] dan Areisya Suri Rose.[2][3]
Kerjaya
Kerjaya Azad Jasmin Bermula daripada sebuah rancangan TV Audition.
lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung 2 arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.
Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tasnim. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.
Selain itu, beliau ialah salah seorang pelakon utama drama kepolisan Metro Skuad yang disiarkan di TV2, selama 1 musim.[4] Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Azad memegang watak Haikal dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan bersama Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani dan Neelofa.
Azad dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[5]
Kontroversi
Insiden persenda agama
Pada 4 Mac 2025, ERA FM telah memaparkan klip video yang memaparkan penyampai 3 Pagi Era mempersendakan ritual agama, terutamanya tarian kavadi iaitu upacara suci penganut Hindu ketika Thaipusam. Video klip yang dimuat naik ke laman social itu telah menimbulkan kemarahan daripada komuniti masyarakat India di Malaysia. Susulan daripada insiden itu, klip video tersebut telah dipadam dan ketiga-tiga penyampai 3 Pagi Era telah memohon maaf atas kelakukan yang tidak sensitif terhadap agama lain. Pihak Astro Radio telah menggantungkan tugas kepada ketiga-tiga penyampai tersebut serta disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis.[6]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Radiografi
Radio
Diskografi
Siniar
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads