Mamak Cupcake
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mamak Cupcake ialah sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Woo Ming Jin terbitan Grand Brilliance. Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha, ia ditayangkan pada 28 Ogos 2014.[1][2]
Remove ads
Sinopsis
Filem ini mengisahkan anak jati Pulau Pinang berketurunan mamak, MJ, (Shaheizy Sam) yang berdepan konflik terhadap minat dan matlamat hidupnya yang sangat berbeza. MJ amat meminati pembuatan kek cawan. Malangnya, hasrat itu terhalang kerana apabila si bapa ingin dia mewarisi perniagaan tradisi keluarga. MJ hampir berputus asa sehinggalah dia berjumpa seorang gadis, Juliana (Siti Saleha), yang mengembalikan semangatnya.
Remove ads
Pelakon
- Shaheizy Sam sebagai MJ
- Siti Saleha sebagai Juliana
- Natasha Hudson sebagai Kak Teh
- Azad Jasmin sebagai Ali Deen
- Faizal Ismail sebagai Raja Chal
- Linda Bangs sebagai Shima
- Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin sebagai Veronica
- Risteena Munim sebagai Hana
- Accapan sebagai Accapan
- Veerasingam sebagai Mohammad
- Maria Farida sebagai Datin Nora
- Khaty Fauziah sebagai Anna
Penampilan khas
- Hasbullah Awang
- AG Azmeer
- Adibah Noor
- Chef Ismail
- Badrol Shah
Remove ads
Penerbitan
Woo Ming Jin dalam satu temu ramah mengenai pengalaman menghasilkan Mamak Cupcake berkata:
"Ianya satu pengalaman yang cukup menarik dapat bekerjasama dengan mereka semua yang cukup berbakat. Syukur filem ini dihasilkan dengan baik seperti yang dijangkakan. Ia adalah sebuah filem komedi yang sesuai ditonton setiap lapisan masyarakat."[3]
Filem ini diarahkan oleh Ming Jin yang sebelum ini mengarahkan filem Seru (2011) dan KL Zombi (2013) dengan skrip ditulis oleh M. Zulkifli Abdul Jalil. Ia merupakan hasil cetusan idea Ahmad Izham Omar untuk mewujudkan sebuah konsep bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance.[4] Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha yang digandingkan dalam sebuah filem buat pertama kalinya.[5][6]
Mamak Cupcake ialah filem masakan pertama Sam dan beliau berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Beliau mengakui suka memasak dan kerana itulah beliau merupakan duta jenama Mamee.[7] Ia juga merupakan filem ketiga lakonan Siti Saleha dan yang kedua di bawah arahan Ming Jin selepas KL Zombi.[7]
Keluaran dan sambutan
Mamak Cupcake ditayangkan pada 28 Ogos 2014 dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM812 ribu.[8]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads