Bahasa Inggeris Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bahasa Inggeris Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysian English, MyE) atau Bahasa Inggeris Piawai Malaysia (Bahasa melayu: Malaysian Standard English, MySE) merupakan satu bentuk Bahasa Inggeris yang dituturkan di Malaysia sebagai bahasa kedua. Bahasa Inggeris Malaysia tidak harus dikelirukan dengan Manglish.[1][2][3][4][5]
Ciri-ciri
- Bahasa Inggeris Malaysia secara amnya bukan rhotik, meskipun semua sebutan /r/ memang digunakan dalam Bahasa Melayu.
- Bahasa Inggeris Malaysia berasal daripada Bahasa Inggeris British.
- Ia mengandungi komponen daripada Bahasa Inggeris Amerika, Melayu, Cina, Tamil, dan beberapa bahasa lain dari segi kosa kata, sebutan dan tatabahasa.
- Tidak seperti Bahasa Inggeris British utara dan kebanyakan jenis Bahasa Inggeris Amerika, Bahasa Inggeris Malaysia mempunyai bunyi A lebar, oleh itu perkataan seperti "bath" (mandi) and "chance" (peluang) terdapatnya /ɑː/ dan bukan /æ/.
- Fonem /t/ dalam perkataan seperti "butter" (mentega) disebut sebagai sebutan letusan hentian (sebagaimana beberapa bentuk lain dalam Bahasa Inggeris British, termasuklah Cockney).
- Tidak ada pengguguran sebutan h dalam perkataan seperti "head" (kepala).
- Bahasa Inggeris Malaysia tiada pengguguran yod selepas sebutan /n/, /t/ dan /d/. Oleh itu, sebagai contoh, perkataan seperi, "new", "tune" dan "dune" disebut sebagai /njuː/, /tjuːn/ and /djuːn/ dan bukannya /nuː/, /tuːn/ dan /duːn/.
Remove ads
Bahasa Inggeris Malaysia dan Bahasa Inggeris British
Selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957, rancangan TV Amerika mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris Malaysia. Tidak ada pertubuhan pengawalan bahasa yang rasmi untuk memastikan kebetulan dan kepiawaian penggunaan Bahasa Inggeris Malaysia, kerana selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Sindiket Peperiksaan Tempatan Universiti Cambridge berterus menyediakan dan menyemak kertas peperiksaan Bahasa Inggeris "1119" GCE Peringkat-O yang merupakan satu mata pelajaran wajib bagi Sijil Pelajaran Malaysia.
Secara tidak rasmi, Bahasa Inggeris yang digunakan dalam New Straits Times, surat khabar Bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia, sering digunakan sebagai titik rujukan bagi Bahasa Inggeris Malaysia.
Remove ads
Perkataan dan frasa hanya dalam Bahasa Inggeris Malaysia
Maksud yang berbeza
Ini ialah senarai perkataan dan frasa yang mempunyai satu maksud dalam bahasa Inggeris British dan mempunyai maksud lain dalam Bahasa Inggeris Malaysia
Kebanyakan rakyat Malaysia mahir dalam Manglish dan Bahasa Inggeris Malaysia, tetapi terdapat kesamaran dan kekeliruan perbezaan antara Bahasa Inggeris Malaysia dan SABE (Bahasa Inggeris Piawai Amerika-British). Kesedaran mengenai perbezaan ini akan mencegah salah anggap dan kekeliruan abapila bertutur kata dengan orang yang mempunyai latar belakang Inggeris. Evolusi dalam penggunaan Bahasa Inggeris mengikuti aliran seluruh dunia dan sukar untuk dibuang.
Remove ads
Kosa kata
Banyak perkataan bahasa Melayu, perkataan orang Malaysia atau frasa yang melambangkan kebudayaan rakyat Malaysia telah menjadi sebahagian daripada Bahasa Inggeris Malaysia. Diantaranya ialah :
- Cik: Ms
- Encik: Mr
- kampung (archaic spelling: campong): a village
- lepak: loiter
- Mat Salleh : a white person typically a man
- Puan: Madam
terdapat juga perkatan yang dituturkan oleh orang Malaysia digunakan dalan Bahasa Inggeris Malaysia yang tidak digunakan dalam Bahasa Inggeris piawai.
Antara perkataan yang digunakan seperti Australia, New Zealand atau negara-negara lain:
- chips — "hot chips" US "french fries" and UK "chips".
- having-in/having here — eat-in at a restaurant
- takeaway — take-out food.
Perkataan Bahasa Inggeris Malaysia:
- apartment — a medium-cost and high-cost flat
- bungalow — a villa or any semi-detached house regardless of the size or number of storeys
- blur — confused (used by Manglish speakers and considered as bad English)
- chop — to stamp (with a rubber stamp), as well as the stamp itself.
- condominium — a high-cost flat usually with common facilities.
- flat — a low-cost flat.
- la(h)! — the prominent trademark in Manglish, the colloquial Malaysian English, it is used for emphasis at the end of a sentence, la(h)! (see note above on Malaysian influence. It originates from Chinese influence although the 'lah' is of the Malay language). Eg: “Are you coming over to the party tonight?’ — “Yes, of course lah.”
- pass up — to hand in "Pass up your assignments".
- rubber — meaning eraser as in "Can I borrow your rubber?" (This is also a sense given to the word in British English.)
- rubber — to molest (from the Malay word "raba" meaning to molest)
- send — to take somebody to somewhere - "I'll send you to the airport."
- slippers — Japanese sandals; as in US and UK "flip-flops", Australia "thongs"
- spoil — to be damaged "This one, spoil, lah."
- uni — in Malaysia it refers to the university (as in British English), while ‘U’ is common in spoken Malaysian English.
Remove ads
Sintaksis
Sintaksis mempunyai perbezaan sedikit walaupun perkataan dalam bahasa basahan sepeti shall dan ought, mustialah pinggiran kewajipan dan may adalah ganjil.Kebanyakkan ciri-ciri sintaksis Bahasa Inggeris Malaysia diklasifikasikan sebagai satu bentuk baharu dalam bahasa inggeris Misalnya, bahasa Inggeris Scotland, bahasa Inggeris Britain dan bahasa Inggeris Amerika Utara:
- Can I come too? for "May I come too?"
- Have you got any? for "Do you have any?"
- I've got one of those already. for "I have one of those already."
- It's your shot. for "It's your turn."
Remove ads
Fonologi dan Penyebutan
Secara rasminya, Bahasa Inggeris Malaysia menggunakan sistem penyebutan yang sama dengan Bahasa Inggeris Britain. Akan tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia bertutur menggunakan penyebutan yang tersendiri (Slanga). Slanga ini sebelum ini berkembang menjadi slanga rakyat Amerika, melalui aliran masuk kebanyakan program TV daripada Amerika dan banyak rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Contohnya, bertambahnya penegasan kepada huruf "r" dalam perkataan seperti referring (merujuk) dan world (dunia) apabila bertutur dalam bahasa Inggeris amnya.
Remove ads
Peranan Bahasa Inggeris Malaysia di Malaysia Merdeka
Walaupun Bahasa Inggeris Malaysia bukan bahasa rasmi Malaysia, ia masih digunakan di kalangan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan. Kira-kira 80% daripada perniagaan bandar di Malaysia menjalankan urus niaga mereka dalam bahasa Inggeris (kedua-dua bahasa Inggeris Malaysia dan Manglish). Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris Amerika mempunyai cukup bertapak kukuh dalam perniagaan antarabangsa di Malaysia. Bahasa Inggeris Malaysia juga digunakan secara meluas dalam sektor pengiklanan, terutamanya iklan komersial yang menggunakan Bahasa Inggeris Malaysia yang disiarkan di stesen-stesen TV swasta, terutamanya stesen TV milik Media Prima. Terdapat juga orang Cina dan India Malaysia yang cenderung berbahasa Inggeris daripada berbahasa Melayu setiap kali mereka ditemuramah di televisyen. Dari segi pendidikan, universiti dan kolej swasta di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris Malaysia untuk identiti mereka. Beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan syarikat dan pertubuhan di Malaysia telah menggunapakai nama rasmi mereka dalam bahasa Inggeris, bukannya bahasa Melayu untuk mencapai arus pemodenan.
Di industri muzik, penyanyi seperti Siti Nurhaliza, Zee Avi, Yuna dan Reshmonu juga merakamkan dan menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris. Terdapat akhbar berbahasa Inggeris di Malaysia seperti The New Straits Times, The Star dan The Malay Mail. Terdapat juga stesen radio berbahasa Inggeris termasuk Hitz.FM, Mix FM, TraXX FM dan Fly FM. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai sebarang stesen televisyen yang bersiaran sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Dasar Bahasa Kebangsaan Kerajaan memerlukan stesen TV tempatan untuk menyiarkan sekurang-kurangnya 25% program buatan Malaysia (sama ada Melayu atau Inggeris). Sesetengah stesen TV milik swasta (seperti TV3, NTV7, 8TV dan Astro Hitz.TV) menerbitkan beberapa program buatan Malaysia. Beberapa program TV buatan Malaysia dalam bahasa Melayu disediakan dengan sari kata bahasa Inggeris dan sebaliknya.
Remove ads
Lihat juga
- Perbezaan antara Bahasa Inggeris British dan Bahasa Inggeris Malaysia
- Kosa kata Bahasa Inggeris Malaysia
- Manglish
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads