Bahasa Melayu Perak

loghat Melayu di negeri Perak From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bahasa Melayu Perak (tulisan Jawi: بهاس ملايو ﭬﻴـراق) merupakan salah satu daripada dialek Melayu tempatan yang dituturkan di negeri Perak. Walaupun dialek ini bukan bahasa rasmi ataupun dialek piawai seluruh negeri Perak, kewujudannya bersama beberapa dialek utama di negeri Perak memainkan peranan penting dalam mengekalkan identiti negeri Perak. Sungguhpun terdapat lima dialek utama yang dituturkan secara tradisi di negeri Perak, hanya satu dialek sahaja yang disebut "Bahasa Melayu dialek Perak".[1][2] Bahasa Melayu Perak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi fonetik, sintaksis, dan leksikon jika dibandingkan dengan dialek-dialek Melayu utama yang lain. Bahasa Melayu Perak terbahagi kepada dua subdialek utama iaitu subdialek Perak Tengah dan subdialek Kuala Kangsar.[2] Terdapat percanggahan pendapat tentang subdialek Perak Selatan kerana ia lebih dipengaruhi dialek Melayu selatan semenanjung.

Fakta Segera Bahasa Melayu Perak بهاس ملايو ﭬﻴـرق, Asli kepada ...
Remove ads

Klasifikasi

Diklasifikasi, menurut perspektif linguistik, iaitu mengikut ilmu bahasa, di dalam dialek Melayu yang dituturkan di negeri Perak adalah beragam. Bahkan, masih tiada klasifikasi yang jelas mengenai jenis dialek-dialek Melayu yang digunakan di Perak. Dr. Ismail Hussein (1973) mengklasifikasikan dialek Melayu di Perak kepada lima jenis secara geografi berdasarkan lima daerah yang berbeza. Manakala Dr. Harun Mat Piah (1983) mengkategorikannya kepada enam jenis. Sementara Dr. Asmah Haji Omar (1985) membahagikan dialek Melayu di negeri Perak kepada lima jenis, tetapi spesifikasi pembahagiannya tidak selari dengan pembahagian yang dibuat oleh Ismail.[3]


Remove ads

Distribusi

Thumb
Pembahagian daerah di negeri Perak

Bahasa Melayu Perak dituturkan di seluruh negeri kecuali di bahagian barat laut Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama), dan beberapa bahagian di daerah Manjung termasuk Pulau Pangkor yang mana dialek utara dituturkan secara dominan.

Di bahagian timur laut negeri Perak (Hulu Perak) dan beberapa kawasan di daerah Selama dan Kerian, orang-orang Melayu secara asalnya bertutur dalam varian bahasa Melayu yang agak berbeza dan sangat berkait rapat dengan Bahasa Melayu Kelantan-Pattani disebabkan faktor-faktor seperti sempadan geografi dan asimilasi bersejarah. Varian ini kadang-kadang diklasifikasikan sebagai sub-dialek Bahasa Yawi. Daerah Hulu Perak pernah diperintah oleh Kesultanan Reman. Kawasan Reman secara sejarahnya merupakan sebahagian daripada jajahan Patani (yang kini merupakan wilayah di selatan Thailand) sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1810 dari Kerajaan Patani melalui pemberontakan Keluarga Diraja.

Manakala di bahagian selatan negeri Perak (Hilir Perak dan Batang Padang) dan juga di daerah Kampar dan Kinta dan beberapa kawasan di daerah Manjung, dialeknya lebih dipengaruhi dialek Melayu selatan semenanjung seperti dialek Selangor, Melaka dan Johor-Riau serta bahasa-bahasa dari kepulauan Melayu iaitu bahasa Jawa, Banjar, Rawa, Mandailing dan Bugis akibat penghijrahan bersejarah, perang saudara seperti Perang Kelang serta faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan.

Sungguhpun terdapat banyak dialek bahasa Melayu di negeri Perak, semua ahli kaji dialek bahasa Melayu pada dasarnya bersetuju bahawa bahasa Melayu Perak dituturkan oleh orang-orang Melayu asli yang secara tradisinya telah lama menetap di sepanjang lembah Sungai Perak dan kawasan sekitarnya kecuali penduduk yang berada di kawasan hulu sungai Perak.[4][3] Dari segi sejarah, memang adat bagi para petani Melayu di negeri Perak menetap di sepanjang lembah sungai.[5] Kediaman Diraja juga telah dibina di pelbagai tempat di sepanjang lembangan sungai.[6]

Remove ads

Ciri-ciri

Bahasa Melayu Perak terkenal dengan sebutan /r/ (getaran gusi) pada awal dan tengah perkataan yang digantikan dengan bunyi /ʁ/ (geseran uvular bersuara) atau /ɣ/ (geseran velar bersuara) seperti bunyi huruf ghain (غ) dalam bahasa Arab dengan sebutan yang amat jelas hampir-hampir seperti dialek utara. Penutur bahasa Melayu Perak cenderung untuk menggantikan bunyi /-ar/ (gabungan vokal tak bundar depan luas dengan konsonan getaran gusi) dan /-ur/ (gabungan vokal bundar belakang sempit dengan getaran gusi) di hujung perkataan kepada bunyi [-ɔː] (vokal bundar belakang separuh luas yang dipanjangkan sedikit) atau [-ɔə] (gabungan vokal bundar belakang separuh luas dengan nyahartikulasi vokal pusat tengah). Contohnya seperti /bəsar/ disebut [bəsɔː] atau [bəsɔə] dan təlur/ disebut [təlɔː] atau [təlɔə] dalam bahasa Melayu Perak.

Jenis-jenis dialek

Subdialek Perak Selatan

Subdialek Perak Selatan tidak banyak bezanya dengan Bahasa Melayu Piawai. Subdialek ini sering digunakan di bandar-bandar besar serta dituturkan oleh kebanyakan generasi muda. Subdialek ini lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari negeri Selangor semasa Perang Saudara di Selangor sekitar 1860-an hingga 1870-an kerana faktor sempadan dan konflik. Asmah Haji Omar (1991) mengkategorikan subdialek ini dalam kelompok Selatan Semenanjung bersama-sama dengan bahasa Melayu Johor, Selangor, Melaka, dan Pahang. Penutur subdialek ini biasanya mencampurkan subdialek Kuala Kangsar dan bahasa Melayu Selangor-Kuala Lumpur atau bahasa Melayu Johor-Riau. Subdalek ini juga dituturkan di daerah Kinta, Kampar, dan Manjung. Subdialek ini sering dituturkan oleh juruhebah radio Malaysia Perak FM.

Subdialek Kuala Kangsar

Subdialek Kuala Kangsar yang dikenali sebagai loghat Kuala merupakan subdialek yang paling popular di negeri Perak sehingga dikenali orang luar. Subdialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan bahasa Melayu Pahang.

Subdialek Perak Tengah

Subdialek Perak Tengah ataupun kadang-kadang dikenali sebagai loghat Parit, Lambor atau Bota. Subdialek ini semakin kurang dituturkan disebabkan pengaruh subdialek Perak Selatan yang semakin meluas penggunaannya di negeri Perak ekoran pembinaan pusat pendidikan seperti UiTM dan UTM yang menarik pelajar luar daripada kawasan tersebut. Subdialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan bahasa Melayu Hulu Terengganu.

Remove ads

Perbandingan fonologi dialek

Maklumat lanjut Perkataan, Sebutan bahasa Melayu Baku ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Bibliografi

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads