Beego
Pelakon, penyanyi dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohamad Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego (lahir 24 November 1980) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya dalam dunia hiburan bermula apabila beliau menjadi ahli kumpulan penyanyi remaja di bawah KRU Records iaitu Phyne Ballerz pada tahun 2003. Lagu lagu seperti "Vida", "Jangan Pisahkan", "Hasrat" dan "Monte Carlo" berjaya menempatkan kumpulan itu di hati peminat-peminat muzik balada cinta dan R&B.
Salah satu drama lakonan Beego yang paling menaikkan namanya ialah telefilem Astro Ria, Gitar Tua (2005) dan kesinambungannya Gitar Tua 2 (2006) arahan Rashid Sibir di samping pelakon Ellie Suriati dan Norlia Ghani. Sejak itu, nama Beego terus mendapat perhatian daripada pengarah-pengarah tersohor yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Beego juga berlakon di dalam filem filem seperti Gila-Gila Pengantin Remaja (2004), KL Menjerit 1 (2005), Senario Pemburu Emas Yamashita (2006), Bilut (2006) dan Libas (2011).
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada 7 Julai 2007, Beego bertunang dengan Intan Shahira Mohd Shahru dan mengikat kepada perkahwinan pada 28 Disember 2008. Majlis persandingan pihak lelaki diadakan di Kelab Golf Diraja Johor pada 29 Disember manakala sebelah pengantin perempuan sehari selepas itu di Dewan Tabung Haji, Johor Bahru. Pasangan ini bercerai pada 17 March 2009 selepas sembilan tahun bercinta.
Pada tahun 2013, Beego telah berkahwin dengan pelakon, Linda Hashim.[1] Hasil perkongsian hidup bersama Linda, Beego dikurniakan tiga anak.
Remove ads
Filemografi
Filem
Telefilem
Drama
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads