Rindu Awak 200% (drama)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rindu Awak 200%[1] ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2014 adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Liyana Zahim,[2] terbitan Creative Skill Solution dan ditayangkan menerusi Slot Akasia di TV3 dari 15 Disember 2014 kita sehingga 1 Februari 2015 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam.[3]
Drama ini dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Lagu Jaga Dia Untukku nyanyian Datuk Siti Nurhaliza menjadi lagu tema drama ini.
Remove ads
Sinopsis
Armel Aisya mempunyai hobi suka mengambil gambar. Hobi itu dijadikannya sebagai pendapatan sampingan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran. Walau bagaimanapun, hobi Armel Aisya disalah tafsir oleh ibunya sendiri. Situasi itu menimbulkan ketegangan di antara mereka. Hubungan Armel Aisya dan ibunya sentiasa dingin. Bagi ibunya, hobi anaknya itu umpama mengemis di jalanan.
Orang tua Armel Aisya ingin menjodohkannya dengan anak kepada rakan lama mereka. Permintaan ibunya sentiasa ditentang oleh Armel Aisya. Mereka tidak sebulu, tidak sependapat! Armel Aisya enggan menunaikan keinginan ibunya. Malah dengan lantang Armel Aisya mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati. Mengetahui perkara itu, ibunya bertambah berang. Baginya, Armel Aisya seorang anak yang keras kepala dan tidak mahu mendengar kata orang tua. Armel Aisya memberitahu ibunya, jika hubungan mereka berjaya dipisahkan, dia akan menuruti kehendak ibunya.
Siapa sangka lelaki yang pernah dia ambilkan gambar suatu ketika dahulu, kini berada di depan matanya. Zill Faezrul bakal dijodohkan dengan dirinya! Hasrat orang tua Armel Aisya akhirnya tercapai. Mereka bahagia melihat perkahwinan anak perempuan mereka dengan seorang pemuda yang indah budi bahasanya. Mereka amat berharap dengan perkahwinan itu akan mengubah Armel Aisya daripada sikapnya yang mudah melenting.
Bagaimana dengan kehidupan Armel Aisya selepas bergelar isteri? Bahagiakah Armel Aisya bersama suaminya, Zill Faezrul? Bagaimana pula hubungan Armel Aisya dengan ibunya? Yang sebelum ini sentiasa panas bercakaran
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
- Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul
Pelakon pembantu
- Adeline Tsen sebagai Irene
- Mimi Ernida sebagai Daria
- Karl Shafek sebagai Ilhan Darwisy
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Raziqah
- Zuhairi Ibrahim sebagai Zahirin
- Jonathan Putra sebagai Raizil
- Fathil Dani sebagai Iqbal
- Ika Nabila sebagai Nazneen
- Afzan A. Rahman sebagai Azad
- Mia Ahmad sebagai Esyana
- Beego sebagai Tuan Faris
- Hanafi Rahman sebagai Tuan Nordin
- Zyra Z sebagai Yanie
- Eddie Jufril sebagai Willam
- Niena Baharun sebagai Jaesliyatul
- Rasyiqah Atirah Ramlan sebagai Nadra
Remove ads
Konsep
Drama Rindu Awak 200% memulakan tayangan perdana pada Selasa, 15 Julai 2014 jam 6:58 petang di Slot Akasia TV3, menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang berakhir sehari sebelumnya. Episod terakhir drama ini disiarkan pada 1 September 2014, dan Rindu Awak 200% digantikan oleh Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Drama terbitan Creative Skill Solution yang membariskan pelakon Zul Ariffin sebagai teraju utama turut bergandingan bersama dengan pendatang baharu yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Ayda Jebat selaku heroin dalam siri drama tersebut.[4][5]
Penerbitan
Pengarah drama ini, Aidil Fitri Mohd. Yunos ketika di Majlis Pelancaran drama Rindu Awak 200% di Sri Pentas berkata, pemilihan Zul dan Ayda sebagai pelakon utama bagi menghidupkan jalan cerita adalah langkah baik kerana kedua-dua mereka berjaya menjiwai watak yang diberikan.[3] Disebabkan itu beliau telah terlebih dahulu menawarkan watak Zill Faezrul kepada Zul Ariffin kerana dia merasakan Zul adalah orang yang tepat berdasarkan plot cerita dalam novel tersebut. Pemilihan Ayda sebagai sebagai Armel Aisya merupakan pilihan penerbitnya, Suryati Sidek yang sudah lama mengintai Ayda, selepas lakonannya dalam Romi Cinta Julia, dia terus melamar Ayda untuk menjadi salah seorang bintang utama dalam drama ini.[3]
Rindu Awak 200% memulakan penggambaran pada hujung April hingga awal Julai 2014 dan mengambil masa selama 103 hari turut membuat penggambaran di luar negara iaitu di sekitar Istanbul, Turki.[3]
Remove ads
Muzik dan runut bunyi
Anugerah
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads