Rashid Sibir
Pengarah televisyen dan filem Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Abdul Rashid Sibir (lahir 1967) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia.
Beliau digelar Pengarah Air Mata kerana Rashid cukup dikenali sebagai pengarah yang berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah-kisah sedih dalam dramanya.
Remove ads
Biografi
Beliau dilahirkan di Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat, Johor pada tahun 1967. Beliau mula mendapat perhatian ramai sewaktu menghasilkan drama bersiri Mat Despatch. Drama yang diterbitkan oleh Berjaya Filem itu telah disiarkan oleh RTM dari 1998 hingga 2002.
Pengarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM ini, merupakan anak ke-11 daripada 13 beradik.
Filem pertama arahan Rashid ialah Sutera Putih. Filem itu telah mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1997. Persinggahan Abadi lakonan Susan Lankester dan Shaharuddin Thamby merupakan drama pertama arahan Rashid pada 1993.
Pada 31 Mac 2007, beliau semasa berumur 40 tahun menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan Nurulhuda Azizi, 26 di USJ, Subang Jaya, Selangor.[1] Mereka sekarang ada empat anak iaitu Ainul Mardhia Rashid, Aliff Firdaus Rashid, Iskandar Zulkarnaen Rashid dan Adam Muhammad Rashid.[1]
Remove ads
Tema dan gaya
Kebanyakan drama yang diarahnya lebih cenderung kepada tema kemasyarakatan yang mencukupi tema kemiskinan, kasih sayang dan kematian yang dapat membuat penonton berfikir.
Filemografi
Filem
Telefilem
Drama
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads