Bendera dan jata Negeri Sembilan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Negeri Sembilan, atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk persekutuan Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan bersempadan dengan negeri-negeri Selangor di utara, Melaka di selatan, Johor di tenggara dan Pahang di timur. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.
Remove ads
Bendera Negeri Sembilan


Bendera Negeri Sembilan secara amnya terdiri daripada latar berwarna kuning dan kanton di sebelah kiri atas yang dibahagi secara menyerong dari kiri atas ke kanan bawah, di mana tiga segi di bahagian atas berwarna merah manakala di bahagian bawahnya berwarna hitam, secara kebetulan mempunyai kemiripan dengan bendera Papua New Guinea dan bendera anarko-komunisme . Warna kuning membawa maksud kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Warna merah bermakna seluruh rakyat jelata, dan warna hitam melambangkan Datuk-datuk Undang bagi luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai persamaan dengan warna pada 'Marawa', iaitu bendera tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.
Panji diraja
Panji Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar terdiri daripada latar berwarna kuning didepani oleh rombus berwarna merah. Tertera pada rombus itu adalah bulatan berwarna hitam yang mengandungi lambang kebesaran baginda, iaitu tombak "Changgai Puteri" beserta pedang dan sarungnya yang bersilang.
- Panji peribadi Yang di-Pertuan Besar
Bendera Bandar dan Luak
Senarai Bendera Luak di Negeri Sembilan
Remove ads
Jata Negeri Sembilan

Jata negeri terdiri daripada dua bahagian jata didasarkan unsur Barat - khususnya unsur Perancis lama.
- Perisai jata (escutcheon)
- Warna-warna merah hitam dan kuning diambil daripada panji tradisi Minangkabau masing-masing dibahagikan serong atas kiri ke bawah kanan; warna-warna ini pula diberikan perlambangan khusus:.[1]
- Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.
- Warna hitam maknanya Datuk-Datuk Undang[1]
- Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar
- Sembilan tangkai padi di dalam perisai[2] dihimpunkan dalam suatu gulungan bertulis nama "Negeri Sembilan" dalam tulisan Jawi (نڬري سمبيلن) dan suatu bintang pecah sembilan di bawahnya. Tangkai-tangkai padi ini maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama:[1] Jelai (Ineh), Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat dan Pasir Besar, Sungei Ujong serta Ulu Pahang. Bitang pecah sembilan pula melambangkan perpaduan semua negeri-negeri dalam gabungan lama.[1]
- Jambul jata (crest)
- Di atas perisai jata ialah pedang dan sarungannya[1] bersilang tanda keadilan,[1] di tengah-tengah pula ialah suatu cokmar bernama "Changgai Putri"[2][3] tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar, sepertimana yang dicatakan dalam dokumen rasmi negeri sejak 1948.[3][4]
Jata Versi Lain
Remove ads
Lihat Juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads