Bera

From Wikipedia, the free encyclopedia

Beramap
Remove ads

Bera merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah Bera terletak di selatan negeri Pahang dan mempunyai jumlah keluasan sebanyak 2,214 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai. Daerah Bera diisytiharkan menjadi daerah kesebelas di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari  1992 setelah berpecah daripada daerah Temerloh.[3]

Fakta Segera Daerah Bera, Transkripsi lain ...
Remove ads

Pentadbiran

Daerah Bera ditadbir oleh Majlis Daerah Bera. Bandar Bera telah dijadikan pusat pentadbiran daerah manakala Bandar Triang berperanan sebagai pusat komersil. Daerah Bera dibahagikan kepada dua buah mukim yang merangkumi 20 buah kampung tradisional, lapan buah kampung baru, 14 buah penempatan FELDA dan tujuh buah perkampungan orang asli.[3]

Thumb
Peta daerah Bera

Mukim

  1. Mukim Bera
  2. Mukim Triang

Bandar dan Pekan

  1. Bandar Bera / Kerayong
  2. Bandar Triang
  3. Pekan Durian Tawar
  4. Pekan Mengkarak
  5. Pekan Mengkuang
  6. Pekan Kemayan
Remove ads

Geografi

Daerah Bera terletak di selatan negeri Pahang bersempadan dengan;

Daerah Bera mempunyai keluasan sebanyak 2,214.44 kilometer persegi. Terdapat sebuah tasik semulajadi di daerah ini iaitu Tasik Bera yang menjadi tasik semulajadi terbesar dan tapak RAMSAR pertama di Malaysia. Tasik ini seluas 35 kilometer panjang dan 20 kilometer lebar. Tasik ini juga mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera dan menjadi habitat kepada 374 spesies tumbuhan, 94 spesies ikan, 230 spesies burung, 67 spesies mamalia dan lain-lain.

Remove ads

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Maklumat lanjut Pecahan etnik di Bera - Bancian 2020 ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bera ialah seramai 98,137 orang dengan kepadatan penduduk 44 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 67 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 115:100. Terdapat 25,667 tempat kediaman dengan sebanyak 23,378 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 64 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...

Agama

Maklumat lanjut Agama di Bera - Bancian 2020 ...

Majoriti penduduk di daerah Rompin beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[4]

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Remove ads

Ekonomi

Sumber ekonomi utama Daerah Bera ialah pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit. Terdapat hampir 40 buah ladang kelapa sawit di daerah ini termasuk milik Felda Plantations, FELCRA dan estet swasta. Selain itu Tasik Bera yang telah diwartakan sebagai Tapak Konservasi RAMSAR turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pusat kajian saintifik.[3]

Rujukan

Pautan luar ڤاؤتن لوار

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads