Rempit Sampai Langit

Filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver Chung From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rempit Sampai Langit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver Chung terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Nabila Huda dan Cristina Suzanne dan mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Filem ini ditayangkan pada 23 November 2017.[1][2]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Plot

Mengisahkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Penerbitan

Rempit Sampai Langit merupakan filem kedua arahan Silver bersama Suhan Movies & Trading selepas filem Balistik (2014). Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit filem ini, manakala J. Cho dan Julia Juhasu berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif. Proses kesan visual dan CGI dijalankan di Viper Studios milik Syafiq Yusof.[1]

Keluaran dan sambutan

Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads