Bobbey Ah Fang Suan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Nabawan selama 4 penggal memerintah bagi kawasan tersebut dan beragama Kristian.[2] Beliau adalah mantan Naib Presiden UPKO, Sabah.[3] Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) atas sebab pengalaman politik beliau yang sudah memberi sumbangan banyak pada Sabah selepas mengesahkan untuk menyertai parti itu pada 5 Februari 2023.

Fakta Segera Yang Berhormat Senator Datuk PGDK (Sab); JSM, Ahli Eksekutif Majlis Senator Malaysia ...
Remove ads

Politik

Barisan Nasional

Beliau adalah antara pemimpin PDS, kemudian UPKO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, UPKO telah bertindak untuk keluar dari gabungan parti Barisan Nasional.[4]

Pakatan Harapan

Beliau kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[5]

Perikatan Nasional

Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Nabawan dan Perikatan Nasional telah mencalonkan Abdul Ghani Mohamed Yassin untuk bertanding.

Beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menggantikkan Abdul Ghani Mohamed Yassin sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia yang tamat tempoh penggalnya pada 4 Januari 2021.[6]

Gabungan Rakyat Sabah

Pada tarikh 10 Disember 2022, beliau dan rakan seperjuangannya telah sebulat suara untuk meninggalkan Perikatan Nasional dan BERSATU Sabah selepas Mesyuarat Khas Gabungan Rakyat Sabah yang diadakan pada 9 Disember 2022 di Pejabat GRS, Kota Kinabalu. Beliau dan rakan-rakan seperjuangannya menyertai parti lama yang ditubuhkan pada tahun 2013, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).[7][8] Selepas menyertai parti tempatan berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) pada 5 Januari 2023.[9][10]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Konstituensi ...
Remove ads

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads