Gabungan Rakyat Sabah

pakatan parti politik di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Gabungan Rakyat Sabah
Remove ads

Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ݢابوڠن رعيت سابه, disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS[22], ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia. Gabungan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan perlembagaan yang membenarkan keangotaan terus terhadap ahli politik tanpa menyertai parti komponen di dalam gabungan tersebut.[23][24] Di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah merupakan gabungan parti yang mempunyai formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempromosikan kesatuan diantara presiden parti tempatan dan rakyat tempatan.[25][26] Kubu-kubu kuat parti GRS dari segi sokongan rakyat ialah kawasan pedalaman Sabah, kawasan pantai timur Sabah dan separuh kawasan pantai barat Sabah.

Fakta Segera Nama Bahasa Inggeris, Singkatan ...
Remove ads

Maklumat lanjut

Parti gabungan GRS telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022[27] oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan penggunaan logo GRS telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[28] Parti Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada 8 parti komponen rasmi iaitu Gagasan Rakyat Sabah, PBS, SAPP, STAR, USNO, LDP, PHRS, dan PCS berserta keahlian terus GRS.[29][30][31][32]

GRS merupakan gabungan parti politik tempatan di Sabah yang mempunyai komponen parti terbanyak di Malaysia dengan memiliki kerjasama lebih dari 8 parti tempatan dalam gabungan itu.

Gabungan yang pada awalnya menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah, parti-parti tempatan bersekutu dan ahli-ahli politik bebas ini telah memenangi majoriti kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 September 2020 dan berjaya membentuk kerajaan di Sabah.

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), bekas parti bersekutu dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[33]

Parti GRS menjadi parti gabungan tempatan kedua yang berdaftar memerintah Sabah selepas Gabungan Pasok-PBS pada 1985.[34][35][36]

Remove ads

Sejarah

Kebangkitan perikatan politik terbesar di Sabah

Gabungan ini telah diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Mohd Noor bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020.[37] Perikatan politik ini telah dipersetujui sebahagian besar kepemimpinan politik di Sabah atas sebab dasar "gabungan tempatan" yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili pada 12 September 2020. Penganalisis politik bebas di Sabah juga turut bersetuju tentang penubuhan gabungan ini atas sebab kemahuan rakyat yang menginginkan gabungan parti tempatan yang sama seperti ideologi Gabungan Parti Sarawak yang lebih mengutamakan kemajuan sesebuah negeri.[38]

Pada awalnya (sebelum didaftarkan), gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya diantara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada Parti PBRS, MCA, UMNO; Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti STAR, SAPP, BERSATU Sabah, parti-parti tempatan bersekutu PN (termasuk GAGASAN serta PCS) dan sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS)[39][40].

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan raya negeri Sabah 2020 dan berjaya mengukuhkan kedudukan berorganisasi dalam membentuk sebuah pakatan tempatan Sabah. BERSATU, PAS dan UMNO serta parti-parti luar negeri kemudiannya tidak termasuk, tidak dibenarkan dan tidak tersenarai dalam organisasi GRS yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 2022.[41][42][43]

Memorandum persefahaman menghadapi pilihan raya negeri

Pada 9 Januari 2021, satu memorandum persefahaman antara semua parti yang bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh para pemimpin parti. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguatkan lagi ikatan antara parti bagi mengukuhkan gabungan tersebut yang telah memenangi pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu. Gabungan ini tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku dalam gabungan di Semenanjung Malaysia dan menolak sebarang campur tangan dari luar Sabah.[44][45]

Pendaftaran sebagai parti politik rasmi

Pada 24 November 2021, Datuk Salleh Said Keruak yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyatakan untuk mendaftar & merasmikan gabungan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.[46]

Pada 25 November 2021, kebanyakan pemimpin GRS bersetuju dengan kenyataan Datuk Salleh Said Keruak untuk merasmikan & mendaftarkan gabungan ini sebagai "parti gabungan politik". Pemimpin yang bersetuju termasuk Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Masidi Manjun, Datuk Yong Teck Lee, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia dan presiden parti lain juga bersetuju.[47][48][49]

Pada 26 November 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahagian Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menyatakan bahawa semua kepemimpinan PBS bersetuju dan menginginkan gabungan ini bukan sahaja dirasmikan tetapi didaftarkan sebagai sebuah entiti gabungan parti politik di Sabah yang sah untuk elak pertembungan dan mengukuhkan pandangan politik penyokong-penyokong Gabungan Rakyat Sabah.[50][51]

Kelulusan pendaftaran

JPPM telah meluluskan pendaftaran GRS sebagai sebuah gabungan rasmi parti politik di Sabah. GRS telah menerima sijil kelulusan daripada JPPM pada 11 Mac 2022 selepas mengemukakan permohonan beberapa minggu sebelumnya dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah[52]

Parti gabungan ini juga menjadi gabungan politik tempatan kedua di Sabah yang diluluskan secara rasmi oleh JPPM.[53] Sebelum ini, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) pernah menghantar surat pendaftaran gabungan tersebut tetapi tidak diluluskan[54]. Gabungan Pasok-PBS merupakan gabungan pertama didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 namun dibubarkan selepas berlaku perpecahan di dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994 hasil dari lompatan sesetengah pemimpin Parti berkenaan.[55]

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini juga telah didaftarkan dengan perlembagaan Keahlian terus GRS yang membenarkan ahli politik bebas untuk menyertai gabungan tersebut secara langsung walaupun tanpa parti komponen.[56] Sejak bulan April 2023, sokongan dan akar umbi Parti Gabungan Rakyat Sabah semakin berkembang luas dan parti komponen semakin bertambah. Gabungan ini terdiri daripada GAGASAN, PBS, SAPP, STAR, LDP, PHRS, PCS, bekas parti tempatan bersekutu, dan USNO berserta Keahlian terus GRS (Direct membership).[57][58][59][60]

Pada 9 Mei 2022, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah berjaya diterima sebagai parti komponen baharu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menjadi parti tempatan pertama yang diluluskan oleh kepimpinan sedia-ada GRS untuk menjadi anggota gabungan tersebut, diikuti dengan PHRS dan LDP yang telah diluluskan keanggotaan parti pada 5 April 2023.[61][62]

Kejatuhan BERSATU Sabah

Pada 10 Disember 2022, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti pada hari itu. Dalam hal ini, para pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada hari itu.[63] Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat di peringkat ADUN Sabah juga keluar dan meninggalkan parti induk.[64]

Hajiji Noor dan pihak kepemimpinan GRS mengumumkan untuk merasmikan GRS sebagai satu gabungan lokal di Sabah secara total tanpa penglibatan parti-parti luar Sabah. Selepas sahaja keluarnya BERSATU Sabah dari GRS, timbul khabar angin mengatakan bahawa bekas-bekas ahli BERSATU Sabah akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), namun presiden semasa PGRS Stephen Jacob Jimbangan menyatakan bahawa mereka belum dapat panggilan dari kepemimpinan tertinggi bekas ahli BERSATU Sabah untuk menyertai PGRS, dan dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan PGRS akan menjadi platform baharu bagi bekas-bekas ahli berkenaan. Beliau juga berkata, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya PGRS dijadikan komponen dan platform baharu mereka sekiranya demi kebaikan rakyat Sabah, dan ini juga disetujui pihak kepemimpinan tertinggi PGRS.[65][66]

Menjadi parti gabungan politik tempatan yang bersepadu sepenuhnya

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.[67] Gabungan Rakyat Sabah (GRS), rakan kongsi utama dalam gabungan kerajaan negeri kini dalam kedudukan lebih kukuh apabila pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu, kata penganalisis politik Lee Kuok Tiung. Menurut Lee, ia membolehkan GRS dianggap sebagai parti tempatan sepenuhnya. Beliau turut menyifatkan keputusan ADUN dan Ahli Parlimen Bersatu Sabah meninggalkan parti itu sebagai tindakan bijak kerana tiada siapa boleh menuduh GRS sebagai parti pimpinan Bersatu yang berselindung di sebalik parti tempatan Sabah. “Ia kini parti tempatan dan bukan itu sahaja, saya percaya ia akan membantu mengukuhkan blok Borneo dengan kerjasamanya dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Lee juga menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor akan tumbang kerana kononnya kehilangan majoritinya di DUN. Sebaliknya, katanya, kedudukan Hajiji telah diperkukuhkan lagi kerana dia dan ahli Bersatu lain telah menjadi ahli GRS.[68]

Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah

Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) secara rasmi pada 29 Januari 2023. Ketua Menteri yang juga merupakan Ketua dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. Bekas Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu menjelaskan, Gagasan Rakyat juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 dan Hajiji telah diterima baik dalam parti berkenaan.[69][70]

Remove ads

Keanggotaan

Keanggotaan GRS terbahagi kepada dua, keanggotaan parti politik dan keanggotaan individu (anggota terus).[71][72]

Keanggotaan individu

Thumb
Logo rasmi Pertubuhan Keahlian terus GRS.[73]

Perlembagaan GRS membolehkan seseorang individu menjadi ahli terus dalam parti. Anggota parti layak bertanding atas tiket parti tanpa menduduki mana-mana parti komponen dalam gabungan berkenaan.[74] Menurut perlembagaan yang didaftarkan dalam Gabungan Rakyat Sabah, pengerusi semasa gabungan ialah ketua dan sekaligus presiden bagi parti keahlian individu GRS (iaitu yang mengawal keahlian individu dan sekaligus mengawal keangotaan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah).[75][76] Tujuan "perlembagaan keahlian terus" ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan akar umbi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu, perlembagaan ini juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pengundi luar pagar, ahli politik tidak berparti (Bebas) dan juga keanggotaan parti agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diperkukuhkan. Perlembagaan ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 11 Mac 2022 dan disahkan pada 12 Mac 2022 oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[77]

Keanggotaan parti politik

Berikut ialah parti anggota bagi GRS:

Maklumat lanjut Lambang, Parti politik ...
Remove ads

Perwakilan

Dewan Negara

Dewan Negara

4 / 70
Maklumat lanjut Lantikan, Ahli ...

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat

6 / 222

GRS mempunyai 6 orang ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah.

Maklumat lanjut No., Kawasan Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri Sabah

Dewan Undangan Negeri Sabah

42 / 73
Maklumat lanjut No., Kerusi Parlimen ...
Remove ads

Senarai Menteri

Maklumat lanjut Portfolio, Office Bearer ...
Maklumat lanjut Portfolio, Office Bearer ...
Remove ads

Senarai ketua GRS pusat

Thumb
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diasaskan oleh Hajiji Noor (gambar) pada tahun 2020, dan seterusnya menjadi pengasas penaja utama GRS pada tahun 2022.[88]

Pengasas utama

Maklumat lanjut Pengasas, Tahun ...

Pengerusi

"(..)" dalam bahagian bilangan merujuk kepada ketua yang sama dilantik selepas mesyuarat khas gabungan.[89]

Maklumat lanjut Ketua gabungan (Pengerusi), Parti ...
Remove ads

Kepimpinan

Organisasi kepimpinan utama GRS

Berikut ialah organisasi GRS pada 2023.

Remove ads

Rekod pencapaian

Sebagai pembangkang Sabah (Julai 2020 - September 2020)

  • Berjaya dalam meraih sokongan untuk pembatalan Projek Kad PSS yang memberi keutamaan kepada Pendatang-pendatang tanpa izin dan pendatang tanpa dokumen sah[95]
  • Berjaya menyuarakan tuntutan duit peruntukan untuk projek pembangunan Sabah (Projek Gagah Sabah 2020) dan peruntukan bantuan Covid-19 Sabah[96]
  • Menang dengan majorti mudah di dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020[97]

Sebagai kerajaan Sabah (Oktober 2020 - 2025)

  • Berjaya menggariskan sasaran Misi dan Visi Hala Tuju Sabah Maju Jaya[98]
  • Berjaya menubuhkan Sabah Maju Jaya (SMJ) Petroleum Sdn Bhd pada tahun 2021[99]
  • Pemberian sumbangan Rumah percuma SMJ di Sabah yang sudah mencapai 95% penerima layak seluruh kawasan setakat Disember 2024[100]
  • Lebuhraya Pan Borneo diteruskan dan siap 87% setakat tahun 2024, syarikat-syarikat kontraktor akan ditambah pada tahun 2025 untuk mempercepatkan proses penyiapan Lebuhraya.[101]
  • Projek pembangunan The Skybridge City Centre Kota Kinabalu yang memudahkan pejalan kaki bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di pusat bandar.[102]
  • Projek pengiiktirafan Anjung Kinabalu.[103]
  • Projek pengiiktirafan kawasan Membakut sebagai Daerah penuh di Sabah Malaysia pada tahun 2023.[104]
  • 85% Jalan kampung dinaiktaraf setakat 2024[105]
Remove ads

Keputusan pilihan raya umum

Dewan Rakyat

Maklumat lanjut Pilihan raya umum, Jumlah kerusi menang ...

Keputusan pilihan raya negeri

Maklumat lanjut Pilihan raya negeri Sabah, Jumlah kerusi dimenangi ...

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads