Cinta Hati Abah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Cinta Hati Abah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadirah dan Farhanna Qismina.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 20 Januari 2016 menggantikan Aku Pilih Kamu
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Remove ads
Sinopsis
Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan. Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).
Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya. Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara. Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.
Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan. Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini. Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Esma Daniel sebagai Pak Salleh
- Zara Zya sebagai Intan
- Nonny Nadirah sebagai Baizura[3]
- Farhanna Qismina sebagai Zaharah
Pelakon pembantu
- Ben Amir sebagai Fikri
- Idris Khan sebagai Ikmal
- Afiq Muiz sebagai Marzuki
- Razak Ahmad sebagai En. Jalil
- Laila Nasir sebagai Che Gayah
- Azman Jantan sebagai Yamin
- Nor Albaniah sebagai Maimon
- Suzanne sebagai Cikgu Ramlah
- Hadi Nawawi sebagai Mail
- Mimi Ernida sebagai Shieda
Pelakon kanak-kanak
- Nor Zara Sophia sebagai Zaharah (kanak-kanak)
Remove ads
Penerbitan
Penggambaran drama ini sebahagiannya dijalankan di beberapa lokasi di Melaka termasuk Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads