Afiq Muiz
Pelakon dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah (Jawi: أفيق معيذ; lahir 1 Mei 1992) merupakan pelakon dan model Malaysia. Beliau ialah abang kedua daripada empat adik-beradik
Remove ads
Kerjaya
Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Afiq terlebih dahulu menceburi bidang peragaan. Pada tahun 2014, Afiq ditawarkan oleh Yusof Haslam menyertai Skop Productions seterusnya muncul dalam drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai ASP Rosli sebanyak dua musim.
Pada 2017, Afiq akan muncul dalam sebuah filem lakonan pertamanya bertajuk Aku Bukan Terrorist dan memegang watak utama dalam filem tersebut. Penggambaran filem yang dilakukan di Kashmir, India dan mengambil masa 44 hari dan ditayangkan pada 5 Oktober 2017.[1]
Selain itu, Afiq juga mengambil keputusan menukar nama pentas beliau kepada Muhammad Afiq bagi melupakan kontroversi yang pernah melanda beliau sebelum ini dan memulakan aktiviti seni dengan nafas baru.[2]
Disamping itu, beliau juga mengeluarkan sabun kecantikan yang diberi nama M.A Skin Care.[3]
Afiq membintangi telefilem khas bagi meraikan sambutan Hari Bapa berjudul Kasut Untuk Ayah. Drama arahan Amzari ini juga dibintangi oleh Namron, Man Raja Lawak, Fikhree Bakar, Tasha Shilla dan disiarkan pada Sabtu, 10 Jun 2017, di slot Panggung Seri TV1.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Afiq sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana bertelingkah dengan ibu sendiri menyebabkan beliau dilabel sebagai anak derhaka.[4]
Pada pagi Selasa 26 Mac 2019, Afiq sah bergelar suami kepada aktres baharu iaitu Pachara Apin yang berketurunan Kadazan-Dusun dari Ranau, Sabah[5] atau nama lainnya selepas memeluk agama Islam iaitu Nur Aaira Mahdeya. Mereka dinikahkan di sebuah majlis pernikahan yang sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Pasangan ini telah berkenalan pada tahun lalu dan telah bertunang 6 bulan kemudian.[6]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Muzik video
Teater
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads