Daerah Telupid
Daerah di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Daerah Telupid ialah sebuah daerah di tengah negeri Sabah, Malaysia. Ia sebahagian daripada Bahagian Sandakan yang merangkumi Beluran, Kinabatangan, Sandakan serta Tongod. Pekan pentadbiran bagi Daerah Telupid ialah Telupid. Daerah ini dahulunya adalah sebahagian daripada Daerah Beluran.[2]
Remove ads
Sejarah
Telupid mula berpenduduk sekitar tahun 1940 dan menjadi laluan utama untuk Kawat Maut Sandakan semasa Perang Dunia II. Pada masa itu, ia dihuni oleh masyarakat Dusun. Daerah ini dibentuk sekitar tahun 1965, tidak lama selepas Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia. Daerah ini dibangunkan berikutan perjanjian antara pemerintah Australia dan Malaysia untuk bersama-sama membina jalan raya. Berikutan ketersediaan jalan raya, sejumlah infrastruktur mula dibina di sana. Di bawah pentadbiran United Sabah National Organisation (USNO) pada tahun 1970, Telupid dijadikan daerah kecil.[3] Pada tahun 2015, Telupid dinaikkan menjadi daerah penuh dengan majlis daerah dicadangkan untuk ditubuhkan.[4][5]
Remove ads
Pentadbiran
Daerah Telupid berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Telupid yang berpusat di Pekan Telupid. Daerah Telupid juga merangkumi empat buah mukim iaitu mukim Liwagu, Ulu Labuk, Sapi dan Nangoh.[6]
Geografi
Daerah Telupid berada di bahagian tengah negeri Sabah, bersempadan dengan;
- Daerah Beluran di utara
- Daerah Sandakan di timur
- Daerah Kinabatangan di tenggara
- Daerah Tongod di selatan
- Daerah Ranau di barat
Bentuk muka bumi Daerah Telupid kebanyakannya merupakan kawasan berbukit bukau dan terdapat kawasan dataran lembah. Titik tertinggi di Daerah Telupid ialah Gunung Monkobo dengan ketinggian 1,713 meter, manakala Sungai terpanjang di daerah ini ialah Sungai Labuk.
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Telupid ialah seramai 29,241 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[8] Majoriti penduduk di daerah Telupid merupakan Bumiputera, antaranya termasuklah etnik Kadazandusun, Orang Sungai, Dumpas, Tidung, Rungus, Bugis dan Melayu.[9][1]
Agama


Di daerah Telupid, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 53 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 45 peratus. Penganut agama Buddha, Hindu dan penduduk yang tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]
Remove ads
Lihat juga
Bacaan lanjut
- Treacher, W. H (1891). "British Borneo: sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo" [British Borneo: lakaran Brunei, Sarawak, Labuan serta Borneo Utara]. University of California Libraries. Singapore, Govt. print. dept. m/s. 190.
- Rutter, Owen (1922). "British North Borneo - An Account of its History, Resources and Native Tribes". Cornell University Libraries. Constable & Company Ltd, London. m/s. 157.
- Tregonning, K. G. (1965). A History Of Modern Sabah (North Borneo 1881–1963) [Sejarah Sabah Moden (Borneo Utara 1881-1963)]. University of Malaya Press.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
