Dindings (kawasan persekutuan)

bekas kawasan pilihan raya persekutuan di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dindings ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diwakili oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 sehinggalah tahun 1959. Ia merangkumi mukim Daerah Dinding (kini Daerah Manjung), dua mukim iaitu Trong serta Sungai Tinggi.[1]

Fakta Segera Kawasan pilihan raya Perak, Kawasan pilihan raya diwujudkan ...

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1955 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.[2][3] Sejak 1955, ahli parlimen untuk kawasan Dindings ialah Meor Ariff Bin Meor Alwi dari Parti Perikatan (PERIKATAN).

Remove ads

Sejarah

Kawasan Dindings telah dihapuskan pada tahun 1959 dan kini ia telah digantikan dengan Bruas dan Sitiawan. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan. Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1955, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Dindings. Mereka ialah Meor Ariff Bin Meor Alwi dari Parti Perikatan, Mohamed Yunus Bin Mahmood dari Parti Kebangsaan Perak (NAP), dan Ustaz Abdul Wahab Bin Mohamed Noor dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP).[4] Meor Ariff telah menang dan telah menewaskan dua calon lainn dengan mendapatkan undian sebanyak 10,511.[3]

Remove ads

Sejarah perwakilan

Maklumat lanjut Ahli Parlimen untuk Dindings, Parlimen ...

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Parti, Calon ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads