Emily Lim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Emily Lim Pey Chi (Cina: 林佩琦; pinyin: Línpèiqí; lahir 5 Ogos 1982) ialah model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Emily merupakan pemenang tempat kedua pertandingan Miss Astro Chinese International Pageant 2005.[3] Pada tahun 2019, beliau menerima pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 menerusi filem Two Sisters.
Remove ads
Kerjaya
Pada tahun 2005, Lim merupakan salah seorang peserta pertandingan Miss Astro Chinese International Pageant ketika beliau berusia 23 tahun, dan sekaligus memenangi tempat kedua.[3]
Sebagai pelakon, beliau berlakon bersama Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan dalam Anak Merdeka pada 2017 serta bersama Pekin Ibrahim dalam KL Wangan.
Kehidupan peribadi
Emily berketurunan baba dan nyonya dari Melaka.[4]
Pada tahun 2010, Emily mengenali Alan Yun semasa penggambaran drama Injustice. Mereka kahwin pada 28 Februari 2018.
Filemografi
Filem
- 3 Doors of Horrors (2013)
- Kick Ass Girls (2013)
- Floating Sun (2013)
- The Woman Upstairs (2014)
- Second Life of Thieves (2014)
- Breaking Point (2016)
- She (2016)
- KL Wangan (2017)
- Two Sisters (2018)
Televisyen
- Anak Merdeka (2017)
- Wish List Raya (2018)
- My Sweet Madu (2018)[5]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads