Anak Merdeka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anak Merdeka ialah sebuah drama mini patriotik Malaysia 2017 yang bersiaran pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2017 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60 di semua rangkaian televisyen Astro (Astro Prima, Astro Mustika HD, Astro Vaanavil dan Astro Xi Yue), dibintangi oleh Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan dan setiap daripada enam episod diarahkan oleh lima pengarah berbeza.
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan tiga sahabat - Salleh, Boon dan Devi - bermula dari zaman Malaysia bergelut untuk kemerdekaannya hingga ke abad ke-21. Berlatarkan di pesta ria, di mana ketiga-tiga sahabat yang pertama kali bertemu, perjalanan kisah mereka menyuarakan hubungan dengan peristiwa-peristiwa sejarah dan peristiwa-peristiwa penting negara kita sepanjang 60 tahun. Kisah mereka adalah kisah bangsa.
Remove ads
Pelakon
Pelakon utama
- Remy Ishak sebagai Salleh[1]
- Elvis Chin sebagai Boon[2]
- Thanuja Ananthan sebagai Devi[3]
Pelakon undangan
|
Penerbitan
Diterbitkan oleh Angsana Productions dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad, Anak Merdeka difilemkan sebahagian besarnya di Pinewood Iskandar Malaysia Studios dan diarahkan oleh enam pengarah berbeza untuk setiap daripada 6 episod, Aziz M. Osman mengarahkan episod pertama.
Anak Merdeka ialah sebuah drama pelbagai bahasa, ia menggunakan empat bahasa – Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Bekas pengulas sukan TV3, Zainal Abidin Rawop membuat kemunculan khas dalam episod 5.
Episod
Remove ads
Muzik
Beberapa buah lagu juga digunakan bagi menghiasi setiap jalan cerita drama ini, termasuk lagu "Getaran Jiwa" nyanyian Allahyarham P. Ramlee dan "Standing in the Eyes of the World" nyanyian Ella.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads