Fara Fauzana
Pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Farah Fauzana Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) yang dikenali sebagai FaFau merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (2003-2006) dan Hot FM (2006-2016, 2021-kini).
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai pelbagai hobi seperti memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah, Farah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Kerjaya
- Menjadi penyampai radio Era FM pada tahun 2003-2006.
- Menjadi penyampai radio Hot FM pada 15 Februari 2006-26 Februari 2016.[3][4]
- Menjadi pengacara Melodi di TV3 bersama Wahid Senario.
- Menjadi pelakon utama sitkom Fara di TV3.
- Menjadi pengacara Nona di TV3 bersama Neelofa.
- Menjadi pengacara Res-Q di TV3
- Menjadi pengacara Muzik Muzik 30 bersama AG dan Muzik Muzik 31 Fizie Roslan
- Kembali ke Hot FM, menjadi penyampai radio dalam segmen Bekpes Hot (Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi) bersama AG dan Johan.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman. Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.[5][6]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Teater
Remove ads
Radiografi
Radio
Anugerah dan pencalonan
- Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2012
- Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2014 (7 tahun berturut-turut)
- Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos Meletop Fara Fauzana Muzik Muzik 30 (Dicalonkan)
- Penyampai Radio Popular ABPBH 2023 (Dicalonkan)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads