Media Prima Audio
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Media Prima Audio (dahulunya Rangkaian Radio Media Prima dan kemudian Ripple) juga disingkatkan sebagai MPA, ialah syarikat rangkaian radio Malaysia yang dimiliki oleh konglomerat media dan hiburan Malaysia, Media Prima.
Remove ads
Profil syarikat
Rangkaian Radio Media Prima mengendalikan lima stesen radio komersial – Eight FM (dahulunya dikenali sebagai Wanita FM, One FM dan 8FM), Kool FM (dahulunya dikenali sebagai Buletin FM dan Kool 101), Fly FM, Hot FM, Molek FM dan platform siniar – Audio+ (dahulunya dikenali sebagai Ais Kacang). Tidak seperti Astro Radio dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memiliki stesen radio berbahasa Tamil, Media Prima tidak mempunyai stesen radio bahasa Tamil.
Rangkaian Radio Media Prima dijenamakan semula sebagai Ripple pada Oktober 2018 yang menggabungkan media digital, penyiaran dan perdagangan. Ripple berhubung dengan penonton melalui muzik, hiburan dan gaya hidup, melalui pendekatan massa dan hubungan khusus, selain memanfaatkan jurang dalam khalayak penyiaran yang ada dengan pelancaran tujuh aset digital baru - Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters dan Wakeke. [1][2][3]
Pada 2 Ogos 2021, Ripple bertukar nama kepada Media Prima Audio bersempena penjenamaan semulanya untuk tampil kompetitif serta hala tuju lebih strategi, dengan menjadikan industri penyiaran radio kembali meriah selain pemerkasaan kandungan agar lebih terkini dan mantap. [4][5]
Remove ads
Senarai stesen
Remove ads
Lihat juga
- Senarai stesen radio di Malaysia
- Astro Radio – pesaing utama Media Prima Audio
- Star Media Radio Group – pesaing utama Media Prima Audio
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
