Penanggal (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Penanggal ialah sebuah filem seram Malaysia 2013 arahan Ellie Suriati. Ia dibintangi Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Normah Damanhuri. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 28 November 2013.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Filem ini berkisar seorang wanita naïf bernama Murni yang diperturunkan ilmu ‘penanggal’ tanpa kerelaan hatinya. Ke mana sahaja Murni pergi pasti akan ada kematian sama ada peristiwa itu berlaku di bawah atau tanpa kawalannya. Murni ditakdirkan melalui kehidupan yang penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya. Murni juga terpaksa berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian demi kejadian di kampung mereka. Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab bernama Syed Yusof sewaktu Murni dipukul teruk oleh penduduk kampung. Murni mulai jatuh cinta dengan Syed Yusof apabila Syed Yusof datang mencarinya atas alasan untuk memastikan seorang wanita yang lemah benar-benar selamat. Murni cuba menarik perhatian Syed Yusof dengan menggunakan apa sahaja cara yang diketahuinya. Dalam masa yang sama, keinginan Murni untuk melakukan pembunuhan demi pembunuhan semakin membuak-buak tanpa mampu dikawalnya. Sementara penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari Penanggal yang semakin berkuasa di kampung mereka. Murni akhirnya meminta untuk mati di tangan Syed Yusof walaupun Syed Yusof cuba menyedarkannya untuk insaf. Apakah Syed Yusof berjaya menyelamatkan Murni? Dapatkah Murni merasai cinta yang didambakannya?

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads