Feijoada
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Feijoada adalah suatu lauk masakan orang Portugis terdiri dari rendidih kacang (feijão "kacang") dengan daging-daging lembu dan babi disajikan dengan nasi dan pelbagai jenis sosej. Ia biasanya disediakan di Portugal serta kawasan yang pernah dijajahnya seperti Brazil, Angola, Tanjung Verde, Guinea-Bissau, Mozambique, pulau Timor di Indonesia (Timor Barat dan Timor Leste),[1] Goa di India, dan Macau; cara memasak lauk ini mempunyai sedikit beza dari negara ke negara.[2]

Remove ads
Sejarah
Pemasakan rebusan daging dengan sayur-sayuran yang berasal dari feijoada dari Provinsi Minho utara Portugal adalah tradisi milenari Mediterania yang dapat ditelusuri ketika askar-askar empayar Rom menjajah tanah Iberia.[3] Terdapat juga banyak hidangan yang sama sifat datang dari pengaruh para askar yang singgah atau menakluk kawasan-kawasan ini.[4]
Fejioada pertama kali tercatat kewujudannya di Brazil dari suatu keluaran akhbar Diário de Pernambuco di kota Recife bertarikh 2 Mac 1827. Ada cerita yang menyatakan kononnya masakan ini mula wujud di Brazil seiring dengan pemakanan para hamba abdi yang menggunakan kacang hitam dan sisa daging babi diberikan tuan-tuan mereka termasuk kaki, telinga, ekor, dan bahagian lain yang dilihat tidak diingini seisi keluarga tuan-tuan mereka. Namun perkara tersebut didangkal sebaliknya datang dengan perkenalan kacang hitam oleh peneroka Eropah di Brazil yang memanfaatkan ia sebagai makanan ruji di mana cara pemakanan pada zaman ini dicatatkan berbeza dalam kalangan golongan atasan dan miskin: golongan atasan sangat menikmatinya dengan pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran manakala masyarakat miskin dan hamba biasanya memakan campuran kacang hitam dan tepung ubi kayu. [5]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads