Ular (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ular merupakan sebuah filem aksi seram Malaysia 2013 arahan Jason Chong terbitan Showbiz Productions. Dibintangi oleh Yusry KRU, Lisa Surihani dan Izzue Islam, filem ini ditayangkan pada 5 Disember 2013 dan menandakan kali pertama Lisa dan Yusry berlakon bersama sejak mereka berkahwin.[1][2]
Remove ads
Sinopsis
Maira ialah seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Maira yang ditemani jurukameranya, Remy tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.
Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panik setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.
Remove ads
Pelakon
- Lisa Surihani sebagai Maira
- Yusry Abdul Halim sebagai Remy
- Harun Salim Bachik sebagai Pak Mus
- Chew Kin Wah sebagai JC
- Izzue Islam sebagai Saiful
- Namron sebagai Aziz
- Zarina Zainuddin sebagai Rohani
- Sharifah Sakinah sebagai Lyn
- Zarina Anjoulie sebagai Amy
- Tya Adnan sebagai Nana
- Shukri Yahaya sebagai Boy
- Mamat Sepah sebagai Mamat
- Yus Waisar sebagai Rambo
- Puteri Nur Zara Aleeya sebagai Baby
- Razif Kasmar sebagai Karim
- Hapil Zan Mazlan & Mohd Khairinnadzir sebagai Pekerja Kontrak
Remove ads
Penerbitan
Ular diarahkan oleh Jason Chong dan diterbitkan oleh Showbiz Productions Untuk KRU Studios. Ia merupakan filem kedua arahan Jason selepas Belukar (2010), penggambaran dijalankan di Pulau Pangkor, Perak.
Ia juga menyaksikan lakonan sulung Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim sebelum mereka berkahwin. Pelakon lain yang terlibat termasuk Izzue Islam, Harun Salim Bachik, Sharifah Sakinah, Zarina Anjoulie, Nam Ron, dan Zarina Zainuddin.
Muzik
Lagu tema filem ini ialah "Ular" hasil nukilan Edry KRU dan dipersembahkan oleh Anita Sarawak.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads