Zarina Zainuddin
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Zarina Mohd Zainuddin (Jawi: زارينا زين الدين; lahir 24 Disember 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]
Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama. Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.
Remove ads
Kehidupan awal
Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak[2] dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Lyana Sulaiman.
Kerjaya
Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.
Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut.[3]
Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik tiri beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli M. S. suatu ketika dahulu.[4]
Zarina membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. Pada Syawal kedua, Zarina muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1.
Pada tahun 2019, beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara di slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Puan Intan.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Zarina telah berkahwin dengan Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri keduanya.[6] Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal)[7] dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau menghidap autisme.[8][9][10]
Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran.[11] Zarina mendedahkan pada Mac 2018 bahawa beliau telah hidup bermadu selama 25 tahun.[12]
Pada 2 Oktober 2019, Zarina dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari 2019.[13][14]
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Mas Anizan.[15]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Iklan
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads