Yusry bin Abdul Halim

Penyanyi, pelakon dan pengarah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Yusry Abdul Halim (lahir 15 Jun 1973) merupakan penyanyi, pelakon, dan pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan KRU yang mana beliau ialah penyanyi utamanya. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2003, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, penerbit, pengarah dan pelakon.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Datuk Yusry dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner. Datuk Yusry menghadiri Sekolah Rendah Sri Petaling dan kemudian pergi ke Sekolah Menengah Tinggi Setapak (Setapak High School) Beliau memperlajari Tahap 'O' di UK dan juga Peringkat 'A' di sebuah kolej UK (Leytonstone Sixth Form College, Leytonstone).

Remove ads

Kerjaya

KRU

Beliau bersama dua adik-beradiknya Norman dan Edry menubuhkan kumpulan KRU pada 1992, album sulung kumpulan ini, Canggih dikeluarkan pada tahun yang sama. Antara lagu nyanyian Datuk Yusry bersama KRU ialah "Awas", "Apa Saja", "I’ll Be Waiting", "The Way We Jam" dan lain-lain.

Pada 2003, Datuk Yusry melancarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu "Dekat Padamu" dipilih sebagai single solo pertama Yusry.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang dilangsungkan di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]

Kerjaya filem

Kerjaya filem Datuk Yusry bermula dengan berlakon bersama Norman dan Edry dalam filem Awas arahan Abdul Aziz Razak pada 1995. Ia kemudian diikuti oleh filem Cinta Metropolitan pada 1996.

Pada 2006, filem sulung arahannya Cicak-Man,[2] ditayangkan di pawagam pada Disember dan mendapat sambutan, ia kemudiannya diikuti oleh kesinambungan filem ini Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)[3] dan Cicakman 3 (2015).[4]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Di awal pembabitan Datuk Yusry dikaitkan dengan anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, namun ia tidak pernah disahkan oleh kedua-duanya. Pada tahun 1999, Datuk Yusry mula menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dan percintaan mereka mendapat liputan meluas malah kerapkali digandingkan dalam sesi fotografi. Namun hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri pada awal tahun 2001.

Datuk Yusry kemudian pernah berkahwin dengan aktres terkenal Erra Fazira pada 15 Jun 2003.[5] Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.

Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.

Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Datuk Yusry mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.[6][7]

Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Datin Lisa Surihani.[8] Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015.[9][10] Pada 23 April 2018, Datuk Yusry dan Datin Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.[11][12]

Remove ads

Diskografi

Bersama KRU
Album solo
  • Yusry (2003)
Lagu-lagu
  • Dekat Padamu
  • Warna Kehidupan
  • Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
  • 3 Minggu
  • Bermimpi Lagi
  • Hari ini
  • Mengapa
  • Tamat
  • Terbang Tinggi
  • Tertewas Lagi
  • Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
  • Dibius Cinta (bersama Melly Goeslaw)
  • Kekasih Abadi (bersama Lisa Surihani)

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads