V. Ganabatirau

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Tuan Ganabatirau a/l Veraman (Tamil: கணபதிராவ் வேராமன், rumi: Kaṇapatirāv Vērāmaṉ) (lahir 6 Jun 1973) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Klang. Di peringkat parti beliau merupakan Timbalan Pengerusi DAP Selangor. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai EXCO Selangor selama dua penggal (2013-2018 dan 2018-2023) di bawah tiga Menteri Besar Selangor.

Fakta Segera Yang Berhormat TuanGanabatirau a/l Veraman, Didahului oleh ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau juga bekas tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia. Beliau menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Begeri Malaysia (ISA) setelah terlibat dalam perhimpunan tanpa permit yang dianjurkan oleh Hindraf di depan kuil Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 November 2007. Beliau merupakan peguam bagi ahli-ahli Hindraf yang ditangkap oleh polis Malaysia. Hindraf memperjuangkan nasib kaum India yang daif dan miskin di ladang-ladang di Malaysia. Beliau dibebaskan pada hari Ahad, 5 April 2009. Seramai 13 tahanan ISA yang lain turut dibebaskan.[1]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, kawasan pilihan raya ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads