Preakas Sampunathan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Preakas Sampunathan (lahir 7 April 1982) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Kota Kemuning sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR).
Remove ads
Keluarga dan pendidikan
Preakas dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana sebagai anak sulung daripada enam adik-beradik. Bapanya bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya pula merupakan seorang penoreh getah.
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Preakas telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Kota Kemuning. Preakas memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kota Kemuning bagi penggal pertama selepas menewaskan Jimmy Chew Jyh Gang daripada Perikatan Nasional (PN) dan K. Gunasekaran Kuppan daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan majoriti sebanyak 24,288 undi.[1]
Sebagai ADUN Kota Kemuning, Preakas berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, yang menurutnya merupakan masalah terbesar di Kota Kemuning. Preakas turut menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa jalan sahaja yang menghubungkan kawasan tersebut ke lebuh raya utama, yang menyebabkan kekurangan akses ke Kota Kemuning.[2]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads