Hanna Aqeela

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Hanna Aqeela Mohd Rosni (Jawi: هننا اقيايلا; lahir 27 Februari 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Nadia dalam drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara dan sebagai Irma dalam siri drama komedi romantik Love You Mr. Arang.[3][4]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Hanna dilahirkan pada 27 Februari 1990 di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dalam keluarganya. Beliau merupakan lulusan dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[5][6]

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hanna terlebih dahulu memulakan kerjaya hiburan sebagai model untuk iklan televisyen.[7] Kerjaya lakonan beliau bermula sebagai pelakon tambahan menerusi telefilem Aku Bukan Buaya untuk Slot Cerekarama TV3 arahan Amie Maziah Abdul Rahman atau Mak Mie. Tawaran untuk watak tambahan itu diperolehi oleh beliau atas bantuan seorang rakannya yang membawa beliau bertemu Mak Mie.

Namun, kemunculan Hanna mula disedari selepas membintangi drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara yang mengisi Slot Akasia di TV3. Beliau melakonkan watak Nadia, setiausaha kepada Emir Qasha lakonan Syafiq Kyle.[8]

Hanna kemudiannya dipilih menjadi teraju utama drama Dawai Asmara yang bersiaran di TV9, lakonan bersama Putri Najwa dan Emelie Hanif.[9] Beliau kemudiannya muncul dalam siri drama komedi romantik Love You Mr. Arang yang merupakan parodi drama Love You Mr. Arrogant.[10][11]

Kerjaya filem Hanna bermula pada tahun 2017 menerusi gandingan beliau bersama Erwin Dawson dalam filem bergenre romantik Dubai My Love arahan Aidilfitri Mohd Yunos.[12]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Muzik video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads