Patah Sayap Bertongkat Paruh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Patah Sayap Bertongkat Paruh ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Along Kamaluddin. Dibintangi oleh Aaron Aziz, dan Fasha Sandha. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 3 April 2019 menggantikan Encik Iman Ekspres. [1] Drama ini kembali ditayangkan di RTB Aneka pada tahun 2022.

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...

Ia menjadi gandingan kali kedua Aaron Aziz dan Fasha Sandha sejak Evolusi KL Drift pada 2008.

Remove ads

Runut Bunyi

Sinopsis

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. 

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads