Perang Bibir (2017)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Perang Bibir ialah salah satu program gerak bibir bertemakan sebuah rancangan permainan di televisyen terbitan Primeworks Studios yang ditayangkan di saluran TV9. Musim pertama program ini ditayangkan pada musim hari raya Aidilfitri 2016 yang menampilkan Nabila Huda dan Issey Fazlisham. Pada musim kedua pula, Sherry Alhadad dan Dennis Yin dipilih sebagai pengacara dan 24 peserta yang terdiri daripada kalangan artis lelaki dan perempuan di Malaysia. Rancangan ini mula ditayangkan pada 2 Mac 2017 setiap hari Khamis. Rancangan ini ditayangkan dari jam 10.30 malam hingga 11.30 malam.

Fakta Segera Genre, Pengacara ...
Remove ads

Konsep

Sebanyak 12 episod ditayangkan dan 24 peserta akan bersaing untuk merebut hadiah bernilai RM30,000 dan trofi. Perang Bibir mempunyai 3 peringkat bagi setiap perlawanan iaitu peringkat kelayakan (episod 1-8), peringkat separuh akhir (episod 9-11) dan peringkat akhir (episod 12). Setiap episod akan menampilkan 3 orang peserta. Di peringkat kelayakan, para pemenang setiap pusingan atau episod akan mencabar rakan artis yang lain untuk bersaing dengan dua lagi artis di episod seterusnya. Manakala bagi peserta yang tewas akan ditentukan di peringkat wildcard untuk terus mara ke pusingan separuh akhir ketiga. Cabaran Perang Bibir mempunyai dua permainan, antaranya perang bibir bertema dan perang bibir spontan. Namun di peringkat separuh akhir, perang bibir spontan akan ditukar kepada nyanyian atau gerak bibir yang membolehkan para peserta memilih lagu pilihan mereka. Peringkat akhir yang merangkumi Lipsync pertama menampilkan para finalis membuat persembahan bersama artis jemputan, whisper challenge dan lipsync solo yang mana semua finalis men-lipsync lagu pilihan mereka.

Juri Jemputan bagi peringkat akhir ialah Ucop dan Amy Mastura. Pemarkahan setiap finalis dikira 50 mata daripada juri jemputan dan 50% daripada jeritan penonton di studio.

Remove ads

Peserta

Seramai 24 orang selebriti terpilih oleh pihak produksi yang rata-ratanya terdiri daripada barisan pelakon drama dan filem.[1]

Artis Lelaki

Maklumat lanjut Bilangan, Peserta ...

Artis Perempuan

Maklumat lanjut Bilangan, Peserta ...
Remove ads

Perjalanan permainan

Maklumat lanjut Episod & Tarikh disiarkan, Peserta ...

Pemenang

Maklumat lanjut Peserta, Pencapaian ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads