Hasmiza binti Othman
usahawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Sri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Vida (kadangkala disingkatkan sebagai DSV; lahir 24 Oktober 1971)[1] ialah seorang usahawan, pengacara, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah SSAP yang membawa gelaran Dato’ Sri. Darjah kebesaran ini dikurniakan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober 2014.[2][3]
Pada 14 Julai 2017, Dato’ Sri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "I Am Me" yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa 2 minit.[4]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Dato’ Sri Vida pernah berkahwin buat kali pertama dengan Mohd Amin Yasin daripada 2000 sehingga 2008.
Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan.
Beliau mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017.
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Filem
Televisyen
Anugerah dan Darjah Kebesaran
Pahang
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri - (2014)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads