Hasnul Baharuddin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berbahagia Tuan Hasnul bin Baharuddin (lahir 9 Oktober 1967) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi DUN Morib selama dua penggal dari 2013-2018 dan 2018-2023. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 2020[1] hingga 2023[2].
Remove ads
Politik
Pada pilihan raya 2013, beliau bertanding di bawah tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menang. Bagaimanapun, beliau telah keluar parti tersebut dan menyertai penubuhan AMANAH pada 2015[3]. Beliau telah mengekalkan kemenangan atas tiket AMANAH pada pilihan raya 2018[4], namun tewas pada pilihan raya 2023[5].
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020[1] menggantikan Daroyah Alwi yang meletak jawatan pada 16 Jun 2020. Beliau berkhidmat sehingga DUN dibubarkan pada 23 Jun 2023[2].
Remove ads
Keputusan pilihanraya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads