Highland Tower (filem)
Filem dokumentari seram Malaysia 2013 arahan Pierre Andre From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Highland Tower merupakan sebuah filem dokumentari seram Malaysia 2013 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures.[1] Ia dibintangi oleh Mikail Andre, Niezam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaime, Adibah Yunus dan ditayangkan pada 31 Oktober 2013. Ia merupakan kejayaan komersial dan telah dipasarkan sebagai filem "mokumentari" (dokumentari olok-olok) pertama Malaysia.[2][3][4]
Remove ads
Sinopsis
Highland Tower mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh.
Remove ads
Pelakon
- Mikail Andre sebagai Mika
- Niezam Zaidi sebagai Niezam
- Eddy Rauf sebagai Eddy
- Shima Anuar sebagai Shima
- Atikah Suhaime sebagai Atikah
- Adibah Yunus sebagai Adiba
Penerbitan
Filem ini menampilkan konsep penemuan rakaman yang dirakam dan disusun menjadikan satu naskah seram bagi mereka yang selama ini tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini. Penggambaran mengambil masa 7 hari untuk disiapkan.[5]
Keluaran dan sambutan
Highland Tower dikeluarkan pada 31 Oktober 2013, iaitu dua bulan sebelum ulang tahun tragedi Highland Towers ke-20 pada 11 Disember 2013. Filem ini merupakan kejayaan komersial, meraih kutipan sebanyak RM3.3 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.[6]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads