Mikail Andre
Pelakon dan pengarah filem Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Mikail Andre bin Nazrul Andre (Tulisan Jawi:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre. Beliau memulakan kerjayanya selepas menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.
Remove ads
Kehidupan awal dan keluarga
Beliau dilahirkan pada 17 Julai 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan suaminya, Nazrul Andre Abdullah yang berketurunan Perancis. Abang sulungnya ialah pelakon bertukar pengarah, Pierre Andre.[1]
Kerjaya
Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[2][3] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.
Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[4][5] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[6][7]
Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[8][9][10] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014—filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[11][12] dan aksi pengembaraan Sniper.[13]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Mikail berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah.[14][15]
Filemografi
Filem
Telefilem
Drama
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads