Ilya Buang
Pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ilya Buang bin Shaharum (lahir 15 November 1967) atau lebih dikenali sebagai Ilya Buang atau Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang lahir dari Sinaran Pasport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Ilya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.
Remove ads
Kerjaya
Selepas menjadi juara dalam pertandingan tersebut beliau telah menganggotai Senario iaitu sebuah kumpulan lawak yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pada tahun 1998 beliau bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut. Setelah itu Ilya membintangi sitkom Kelas Malam siaran TV1, membawakan watak seorang pekerja asing rakyat Bangladesh. Pada tahun 2002 beliau bersama Hamdan Ramli dan Yassin Yahya (bekas kumpulan Senario) menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Aku Kaya berjaya mengembalikan semula populariti Ilya apabila filem-filem lakonan mereka yang dipasarkan secara terus ke video (VCD) mencatat jualan yang luar biasa. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo.
Pada tahun 2011, Illya bersama rakan baiknya Hamdan Ramli menubuhkan kumpulan Hiro yang turut dianggotai Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011 namun tersingkir di Minggu ke-5.
Pada tahun 2014, beliau menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas MLM 2014 namun beliau mengundurkan diri pada Minggu 5 atas masalah kesihatan.
Pada tahun 2016, beliau kembali bersama kumpulan Senario.
Menang kategori Artis Komedi Popular (bersama Senario) dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 36 (2024).
Remove ads
Penglibatan
Ilya dikira unik kerana dia menganggotai banyak kumpulan lawak terkemuka tanah air seperti Senario, Aku Kaya dan Sepahtu.
Dalam rancangan tv ' Di Balik Tawa ' dia tidak menyatakan apa sebab dia dan Hamdan keluar dari kumpulan Senario. Tetapi dia menyatakan semasa era kegawatan ekonomi 1997, 98 dahulu meskipun kerap muncul di TV dan program komedi Senario mereka mendapat tontonan tinggi dan mempunyai peminat yang besar, mereka hanya dibayar gaji bulanan sahaja tanpa mendapat bayaran lumayan setiap episod seperti kebiasaan penghibur-penghibur lain.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Sitkom
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads