Imaginur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Imaginur (digayakan sebagai IMAGINUR) ialah sebuah filem cintacereka sains Malaysia 2023 arahan Nik Amir Mustapha dengan skrip ditulis bersama oleh Nik Amir dan Redza Minhat. Dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle, filem ini mula ditayangkan pada 23 Februari 2023.[1][2]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang kisah cinta di antara jejaka bernama Zuhal bersama seorang gadis cantik bernama Nur yang sering muncul di dalam mimpi Zuhal.

Pada satu hari Zuhal terlibat dalam kemalangan sewaktu cuba mengejar wanita yang pernah dilihatnya di dalam mimpi. Usai sedar Zuhal berada di sebuah hospital di sisi bapanya yang menghidap sakit Alzheimer. Di situ dia telah diberi cadangan untuk bertemu dengan seorang pakar hipnosis untuk merawat masalah yang dialaminya.

Ketika ke pasar raya bersama bapanya untuk membeli barang, Zuhal terserempak bekas teman wanitanya yang kini menjadi tunangan orang.

Saat dia berkonfrontasi dengan bekas teman wanitanya, dalam dia tidak sedar bapanya telah hilang. Zuhal telah pulang ke rumah tanpa bapanya di sisi sehinggalah disedarkan oleh adiknya iaitu Isma.

Menyedari hidupnya makin kusut dengan situasi yang berlaku, Zuhal nekad bertemu pakar hipnosis di sebuah pusat bernama Hypnotica milik Dr Ramli.

Selepas bertemu Dr Ramli, Zuhal seakan tidak percaya dengan penerangan Dr Ramli yang agak mengelirukan dan dia rasa seperti telah ditipu oleh 'penipu'. Namun dia tetap meneruskan sesi itu selepas terjumpa kelibat Nur di sana.

Adakah Nur sebenarnya wujud atau hanya imaginasi Zuhal semata-mata yang larut dalam sesi terapi bersama Dr Ramli?[3]

Remove ads

Barisan pelakon

Penerbitan

Penggambaran mula dijalankan pada Februari 2020, tetapi ditunda berikutan pandemik COVID-19 yang baru melanda; sesi penggambaran dijalankan semula pada hujung tahun.[4] Pada awalnya penggambaran utama filem ini hendak dilakukan di Jepun, tetapi kawalan pergerakan dalam negara Malaysia memaksa lokasi dipindahkan ke Perlis.[5]

Keluaran

Imaginur telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Asia New York (NYAFF) di Amerika Syarikat dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 23 Julai 2022.

Filem ini ditayangkan serentak bersama-sama Didi & Friends The Movie pada 23 Februari 2023.

Runut bunyi

Lagu OST untuk filem ini ialah "Hasrat" oleh Amir Jahari.Hasrat mendapat pencapaian menerusi Anugerah Juara Lagu ke-38 sebagai juara pada Mac 2024 dan Lagu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 pada Disember 2024

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads