Beto Kusyairy

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Beto Kusyairy
Remove ads

NurKusyairy Zakuan Osman (lahir 19 Februari 1980) atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk Chow Kit (2012), Istanbul Aku Datang! (2012), CEO (2014), Gila Baby (2014), Bisik Pada Langit (2017), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022), Imaginur (2023), Reversi (2024) dan Gayong (2025). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), Hanya Padamu (2013)[2] dan KL Gangster: Underworld (2018-2020).

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan 19 Februari 1980 di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Diploma Perhotelan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Beto bercakap mengenai asal-usul nama pentas beliau:

“Ketika terbabit dalam filem Syaitan, saya gunakan nama Kusyairy. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairy, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.". Seorang rakannya yang bernama Syed Khusairi ialah inspirasi Beto untuk menjadi pelakon terbaik dalam filem Istanbul Aku Datang!.

Remove ads

Kerjaya

Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain ketika itu, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot Along untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along terbitan 59 Communications yang disiarkan di TV1 pada 2001, ia menjadi langkah awalnya untuk menceburi dunia seni hiburan negara.[4]

Drama arahan Erma Fatima menjadi titik tolak permulaan Beto Kusyairy untuk serius berlakon, walaupun watak sampingan sebelum berlakon dalam filem Syaitan arahan Bade Hj. Azmi. Beliau bertuah kerana Kabir Bhatia memberi peluang untuk beliau berlakon dalam Kekasihku Seru dan Juvana. Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifli, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Daniel, Shera Aiyob dan Izzue Islam dalam siri drama Astro Ria Jangan Ambil Padang Kami yang mengisahkan perjuangan dan pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Pada tahun 2012, beliau membintangi peranan utama dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications, yang mana beliau memegang watak sebagai Harris. Filem ini turut dibintangi oleh Tomok dan Lisa Surihani, dan ditayangkan pada 8 Disember 2012, dengan sebahagian penggambaran difilemkan di Istanbul, Turki.[5][6][7]

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Cristina Suzanne yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi.

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Zahiril Adzim yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[8] Pada 12 Jun 2014, Beto memegang watak sebagai Suffian, seorang penghantar pizza lepasan UiTM dalam filem drama komedi CEO arahan Razaisyam Rasyid, filem ini turut dibintangi oleh Cristina Suzanne dan Remy Ishak.[9] Kemalia Othman dari mStar Online berkata: "...Beto (Kusyairy) tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat".[10]

Beto memegang watak sebagai Rahim, seorang pemuzik jalanan dalam drama Rubberband yang disiarkan di slot Iris TV3. Ia turut dibintangi oleh Bil Azali dan Sara Ali.[11]

Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Nathuwi.[12]

Kerjaya Beto di Singapura bermula pada tahun sama dengan membintang drama Kisah Tok Kadi yang bersiaran di MediaCorp Suria.[13] Menerusi drama ini, beliau diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Malam Pesta Perdana 2017 sekali gus membuka ruang yang lebih besar di negara Kota Singa.[14][15]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Beto menjayakan peranan utama dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Dato' Adi Putra, Fattah Amin, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhian dan bintang baru, Ali Karimie.[16][17]

Beto merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; memegang watak sebagai Shah.[18][19]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beto berkahwin dengan Tisha Shahar (jangan dikelirukan dengan Tisha Shamsir) pada 1 Februari 2008 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.[20]

Beto ialah seorang yang pemalu[21] dan juga bersahabat baik dengan Zahiril Adzim, Azhan Rani dan Fikhree Bakar.[22] Beliau juga meminati sukan lasak seperti bungee, flying fox dan paraligding serta aktiviti permotoran.[23]

Beliau bersama penumpang dan anak kapal Penerbangan 4 Penerbangan Malaysia berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic VS251 di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, pada 23 Oktober 2018. Menerusi kenyataan di akaun Twitter miliknya, beliau bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.[24][25][26]

Penerimaan media

Beto dianggap sebagai salah seorang pelakon yang berbakat di generasinya.[27] Menurut pelakon veteran Wan Hanafi Su, Beto dan Shaheizy Sam ialah antara pelakon yang berjiwa besar dan berpotensi untuk menjadi legenda, "Setiap kali ditanya soalan ini, ada beberapa nama yang saya akan sebut. Antaranya adalah Beto (Kusyairy) dan (Shaheizy) Sam. Kalau berlakon dengan mereka, keserasian itu datang dengan sangat pantas. Tak perlu ambil masa yang lama pun."[28][29]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filem pendek

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Videografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads