Anugerah Juara Lagu ke-38
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2023 yang diadakan pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Remove ads
Separuh Akhir Muzik Muzik 38
Senarai Finalis
Senarai finalis Anugerah Juara Lagu 38 telah diumumkan pada 17 Disember 2023.[1][2]
Remove ads
Keputusan Anugerah Juara Lagu 38
![]() |
Menandakan Anugerah Sampingan |
---|
Jemaah Juri
- Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri)
- Wah Idris
- Datuk Hashridz Murshim Hassim (Acis)
- Azlan Abu Hassan
- Adlin Aman Ramlie
- Rozman Shafie (LY)
- Ad Samad
- Noryn Aziz
- Jari
- Efry Arwis
Trivia
- Amir Jahari penulis lagu dan penulis pertama kelahiran Sarawak untuk memenangi Juara Lagu dengan hasil komposisinya.
- Amir Jahari hanya pemenang kelima dalam sejarah 38 tahun Juara Lagu untuk menjulang ketiga-tiga trofi sebagai penulis lagu, penulis lirik dan penyanyi pada malam kemuncak Juara Lagu dengan lagu "Hasrat".
- Amir Jahari juga cuma penyanyi ketiga kelahiran Sarawak untuk memenangi Anugerah Juara Lagu selain Dayang Nurfaizah dan Hafiz Suip.
- "Hasrat" juga berjaya ditempatkan dalam sejarah sebagai lagu yang dominasi anugerah lagu terbaik Malaysia tahun 2024 kerana juga telah memenangi Lagu Tema Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 untuk filem Imaginur yang menyapu tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik, Pelakon Pengarah Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.
- Pementasan lagu "Hasrat" merupakan dedikasi kepada anak-anak Palestin yang syahid dalam serangan Israel, selain mengangkat tema kesihatan mental dan melawan kemurungan dalam persembahan yang juga menampilkan cameo dari pelakon-pelakon utama Imaginur, Beto Kusyairy dan Diana Danielle.
- Aisha Retno merupakan alumni Big Stage pertama yang menyertai Juara Lagu sejak rancangan realiti itu mula ditayangkan pada tahun 2018.
- Edisi ini merupakan penyertaan pertama kali buat Aisha Retno dan Hasif Upin. Naqiu dan Afieq Shazwan pula pertama kali tampil di pentas Juara Lagu sebagai penyanyi gantian.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads