Ismail Abd Muttalib

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib merupakan ahli politik Malaysia dari parti UMNO dibawah Barisan Nasional dalam komponen pemerintahan parti Perikatan Nasional (PN) dan kini beliau menyandang jawatan baru sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 Mac. Sebelum menceburi bidang Politik, beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pentadbiran kerajaan dan amat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. Minat beliau dalam aktiviti sukarela tertanam sejak di bangku sekolah dan ia merupakan titik tolak permulaan penglibatan beliau di dalam arena politik.

Fakta Segera Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Haji SSAP, DSAP, DIMP (Pahang); JMN, PPN (Malaysia); SAP, AAP, AMP, PKC (Pahang), Didahului oleh ...
Remove ads

Latar Belakang

Dilahirkan di Kampung Pantai, Chenor, Maran, Pahang, anak kedua daripada 5 orang adik beradik ini merupakan seorang yang amat mudah didekati kerana sifat mesra beliau. Bapanya, Haji Abd. Muttalib bin Haji Omar (lahir 1931) merupakan seorang Pesara Guru Agama dan Ibunya Allahyarhamah Hajah Habsah binti Haji Arshad (1936–2008) merupakan seorang Suri Rumah. Anak jati Maran, Pahang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor. Kemudian beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Chenor dan Sekolah Agama Al-Ihsan di Kuantan, Pahang. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Telah berkahwin dengan dengan Datin Hajah Fatimah binti Haji Kassim dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Remove ads

Kerjaya

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah berkhidmat di Sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang selama 2 tahun sebelum bertukar ke Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Kuantan Pahang (SUK Pahang). Di SUK Pahang beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan tugas di beberapa Unit berlainan dari tahun 1982 hingga 1988. Beliau kemudian berkhidmat di beberapa Jabatan dan Agensi lain di negeri pahang dan menjawat pelbagai Jawatan Penting seperti Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Penolong Pegawai Daerah Maran, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang, Timbalan Pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan yang terakhir sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sebelum membuat keputusan menceburi bidang politik pada tahun 2004.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...

Pilihan raya Malaysia 2008

Di arena Politik, beliau mula menjadi Ahli UMNO pada tahun 1982. Pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran hingga tahun 2007. Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Ekonomi dan Disiplin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Maran. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ismail Bin Abd. Muttalib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Maran , negeri Pahang. Ismail Bin Abd. Muttalib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15868.

Calon lawan ialah Nasrudin Bin Hassan dari PAS mendapat 9,227 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 78.9 %. Undi rosak sebanyak 495.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh Parti untuk mempertahankan kerusi yang disandang di Parlimen Maran. Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi yang disandang dengan menewaskan lawan dari Parti PAS Mujibur Rahman bin Ishak dengan majoriti 6,475 undi.

Pada Pengumuman Barisan Kabinet baru Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, YB Dato' Hj. Ismail bin Hj. Abd. Muttalib telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia.

Remove ads

Anugerah

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads