Jajahan Gua Musang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jajahan Gua Musang atau hanya dikenali sebagai Gua Musang (sebutan dalam loghat tempatan: Guo Musae; Jawi: ݢوا موسڠ) merupakan salah satu daripada 11 jajahan negeri Kelantan. Jajahan ini terletak di selatan negeri Kelantan. Jajahan ini dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan ini juga merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan merangkumi separuh keluasan negeri Kelantan.. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang.
Remove ads
Sejarah
Gua Musang mula diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil di Ulu Kelantan pada 1 Julai 1976. Pada 1 September 1977, jajahan kecil ini dinaik taraf menjadi sebuah jajahan penuh sebagai Jajahan Gua Musang.[3]
Geografi
Jajahan Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan dan berkeluasan 7,979 kilometer persegi. Jajahan Gua Musang bersempadan dengan jajahan-jajahan Kuala Krai dan Jeli di utara, Jajahan Kecil Lojing di barat daya, daerah-daerah Lipis dan Jerantut, negeri Pahang di selatan, Daerah Hulu Terengganu, negeri Terengganu di timur dan daerah-daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak, negeri Perak di barat laut.
Profil topografi jajahan Gua Musang hampir keseluruhannya merupakan tanah tinggi yang bergunung-ganang dengan purata ketinggian 448 meter. Tiga sistem banjaran gunung yang melalui jajahan ini adalah banjaran-banjaran Titiwangsa di barat , di mana terletaknya titik tertinggi di jajahan ini, iaitu Gunung Chamah yang puncaknya mencecah ketinggian maksimum 2,171 meter[4], Tahan di tengah dan Pantai Timur di timur. Kawasan sekitar jajahan Gua Musang juga adalah bersifat kars, di mana terdapat banyak bukit batu kapur yang mempunyai gua-gua di sekelilingnya. Gua-gua di sekitar Gua Musang amatlah popular dalam kalangan penggiat sukan penerokaan gua dan amat penting dalam pembangunan sektor eko-pelancongan negara.
Remove ads
Pecahan pentadbiran
Jajahan Gua Musang ditadbir oleh Majlis Daerah Gua Musang dan dibahagikan kepada tiga daerah dan sembilan mukim.

Bandar dan pekan
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah seramai 101,894 orang dengan kepadatan penduduk 13 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan Gua Musang berbangsa Melayu, seramai 79,159 orang.[6][7]
Agama
Di jajahan Gua Musang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 87 peratus diikuti agama Buddha sebanyak empat peratus. Penduduk beragama Kristian dan Hindu membentuk hampir satu peratus masyarakat di jajahan ini. Lebih tiga peratus penduduk tidak beragama.[7]
Remove ads
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Gua Musang. Terdapat sebanyak 48 buah sekolah di jajahan ini (termasuk Lojing);[8]
Jajahan Gua Musang juga mempunyai sebuah hospital daerah, 10 klinik kesihatan, sebuah klinik komuniti dan 17 klinik desa di sekitar daerah.[9]
Remove ads
Tempat-tempat menarik
Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.
Terdapat juga beberapa gua dan lata yang menjadi tarikan pelancong seperti Gua Madu dan Gua di Chiku 2.
Sejak pasca banjir besar 2014, semakin rancak pembangunan dijalankan di Gua Musang. Antara yang menjadi perhatian ialah Masjid Buluh Gua Musang yang mana majoriti binaannya dihasilkan daripada buluh. Masjid tersebut mula dibina sekitar tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada penghujung 2019.Secara tidak langsung, masjid ini seolah-olah mengahdap ke arah Masjid Razaleigh (Al-Haram Al-Ghari - الحرم الغاري الشريف)[perlu rujukan] kerana arah kiblatnya yang selari (hakikatnya, ia masih menghadap ke arah kiblat yang sebenar).

Selain itu, terdapat juga Masjid Razaleigh yang baharu (juga dipanggil sebagai Al-Haram Al-Ghari - الحرم الغاري). Masjid ini merupakan hasil cetusan aneh Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang dibina di tapak baharu (sebelum ini merupakan tapak balai polis lama) setelah mendapati masjid lama tersebut telah uzur dan sering ditenggelami banjir (lebih-lebih lagi pada banjir besar 2014).Masjid tersebut mengambil senibina Masjidil Haram (walaupun tidak sesempurna masjid asal). Projek pembinaan dimulakan pada 2016 dan dibuka pada Mac 2022 selepas PKP.
Remove ads
Kemudahan
- Bangunan Persekutuan Gua Musang
- Jabatan Kerja Raya Gua Musang
- Pejabat RISDA Daerah Gua Musang
- Tabung Haji
- Pejabat Pos Gua Musang
- Pejabat Agama Jajahan Gua Musang
- Mahkamah Majestret Gua Musang
- Mahkamah Syariah Gua Musang
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Hospital Gua Musang
- Klinik Kesihatan Bandar Baru Gua Musang
- Stesen Bas dan Teksi Bandar Baru Gua Musang
- Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang
- Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang
- Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan
- Hentian Gua Musang
- Hentian Rehat Dan Rawat Rantau Manis bersebelahan dengan Shell
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads