Jamil Salleh

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Jamil Salleh
Remove ads

Jamil bin Salleh (lahir 1959) merupakan seorang ahli politik dan penjawat awam Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dengkil sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).[1]

Fakta Segera Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Dengkil, Didahului oleh ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari 2016 hingga 2019, dan sebelum itu di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dari 2013 hingga 2016. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Setiausaha Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari 2009 hingga 2010, serta Pengarah Perancangan, Pembangunan dan Logistik Jabatan Penjara Malaysia dari 2000 hingga 2009. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan pengurusan di KBS, KDN dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dari 1983 hingga 1999.

Selain kementerian dan jabatan dalam kerajaan, Jamil juga pernah mempengerusikan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat, antaranya Yayasan Canselor UTeM, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rakyat Holdings, Bank Rakyat, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Pusat Belia Antarabangsa (IYC), serta pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC) Sdn Bhd, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Penasihat kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MsDeaf).

Remove ads

Kerjaya politik

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

Pilihan raya negeri Selangor 2023

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Jamil merupakan salah seorang daripada dua calon awal yang diumumkan oleh Perikatan Nasional (PN) sebelum pilihan raya negeri, bersama calon PN bagi Sungai Pelek, Suhaimi Mohd Ghazali, yang akhirnya tewas kepada Lwi Kian Keong dari Pakatan Harapan (PH).[2] Jamil membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh PN untuk bertanding di kerusi Dengkil. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Dengkil untuk penggal pertama selepas menewaskan Noorazli Said dari Barisan Nasional (BN), Darren Ong Chung Lee dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Mohd Daud Leong Abdullah dari Parti Utama Rakyat (PUR) dengan majoriti tipis sebanyak 407 undi.[3] Namun begitu, disebabkan kemenangan tipis tersebut, terdapat perancangan awal oleh PH untuk mencabar keputusan pilihan raya melalui petisyen pilihan raya.[4] Walau bagaimanapun, PH akhirnya tidak meneruskan rancangan tersebut.[5]

Semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri, Jamil mendedahkan bahawa beliau mempunyai pasukan yang dikenali sebagai ‘Pasukan DSJ (Datuk Seri Jamil)’ yang terdiri daripada penduduk Dengkil serta dibantu oleh penyokong dari luar kawasan Dengkil untuk menyokong kempen beliau. Beliau turut menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah ‘pelancong pilihan raya’ dan ‘penduduk luar’ yang tidak menetap di Dengkil. Menurutnya, beliau telah menetap di Dengkil lebih daripada 5 tahun dan telah berada di Lembah Klang selama lebih 40 tahun. Sebagai ADUN Dengkil, beliau berjanji untuk menggunakan pengalamannya di KBS dan KPDNHEP sebagai satu kekuatan imbangan dalam memberikan idea dan nasihat bagi memastikan perancangan kerajaan negeri Selangor berjalan lancar. Beliau juga menekankan bahawa beliau mengekalkan hubungan baik di peringkat kerajaan, dan perkara ini menjadi kelebihan untuk membangunkan Dengkil dan negeri Selangor.[6]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...

Anugerah dan pengiktirafan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads