Jemput-jemput
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jemput-jemput dikenali sebagai cucur atau cekodok pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
Remove ads
Perbezaan nama
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), Jemput-jemput (Tulisan Jawi: جمڤوت٢ ), ialah sejenis sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan tepung, pisang, dan gula yang dijemput sedikit-sedikit kemudian digoreng; dan juga sejenis kuih diperbuat dengan adunan tepung, bawang, garam, dan bahan-bahan lain yang dijemput sedikit-sedikit dan digoreng. [4] Jemput-jemput mempunyai dua bahan asas adunan yang berbeza dari cucur yang dicampur sekali bersama tepung, iaitu pisang dan gula (sebagai manisan) atau bawang, dan ukurannya lebih kecil berbanding cucur.
Cucur (Tulisan Jawi: چوچور ), pula sejenis kuih yang dibuat daripada tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng, [5] ini bermaksud cucur ialah adunan berasaskan tepung yang boleh berintikan pelbagai jenis bahan, seperti jagung, udang, ikan bilis, sayur-sayuran dan lain-lain. Namun begitu, cucur seperti yang didefinisikan oleh Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) sebagai sejenis penganan, dibuat dari adonan tepung beras dan gula merah dan digoreng. [6]
Cekodok (Tulisan Jawi: چكودوق ), pula sejeinis cucur yang dibuat daripada adunan tepung dengan pisang yang digoreng. [7]
Antara jenis biasa yang dibuat adalah seperti berikut:-
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads