Jika Masih Ada Rindu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jika Masih Ada Rindu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 19 Disember 2018 menggantikan Terbaik Dariku.[1]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

Remove ads

Pelakon dan watak

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads